Sebanyak 70,000 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi pembelajaran tahun hadapan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan, 4 Dis lepas.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah itu adalah besar berbanding kuota maksimum 7,760 yang boleh ditawarkan di 54 buah MRSM seluruh negara.
Bagaimanapun, katanya seperti yang telah diputuskan kerajaan baharu, kuota 65 peratus kemasukan bermula tahun hadapan mesti diisi pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
"Pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM akan bermula pada 14 Januari depan manakala semakan keputusan boleh dibuat pada 21 Disember ini melalui laman web Mara (Majlis Amanah Rakyat)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan pada Program 'Jom Kembali Ke Sekolah' di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Taman Mutiara dekat sini, hari ini.
Rina berkata, buat pertama kali, beliau telah mengarahkan Mara agar mengumumkan keputusan pelajar yang berjaya diterima masuk ke MRSM lebih awal iaitu pada bulan ini bagi mengelakkan ibu bapa terpaksa membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka berulang kali.
"Ia mengelak persediaan persekolahan yang terpaksa dibuat dua kali oleh ibu bapa ataupun ibu bapa terpaksa tolak terus tawaran MRSM itu apabila mereka telah pun siapkan kelengkapan anak-anak di sekolah menengah biasa dan tidak mempunyai peruntukan lain untuk membuat persiapan sekali lagi apabila anak mereka diterima masuk MRSM," katanya.
Seramai 880 pelajar menerima bantuan persekolahan pada Program 'Jom Kembali Ke Sekolah' anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) itu yang turut mendapat kerjasama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).
Daripada jumlah itu, 280 pelajar sekolah rendah sekitar daerah Kulim, Sik dan Baling menerima beg sekolah, set alat tulis dan botol air tajaan KPTM selain pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM30 seorang yang ditaja KEDA.
Seramai 600 pelajar sekolah rendah dan menengah dari daerah sama pula menerima bantuan set buku tulis tajaan YPM.
Semua bantuan itu membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM50,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 15 2018
Buat pertama kali, Mara akan mengumumkan keputusan pelajar yang berjaya diterima masuk ke MRSM lebih awal, iaitu pada bulan ini. - Gambar hiasan
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Golongan T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar erti kesusahan
-Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah."
Tiada amalan kabel, mesti lulus UKKM untuk ke MRSM - Asyraf Wajdi
MRSM tidak berkompromi dengan sebarang rayuan atau 'amalan kabel' untuk menempatkan pelajar yang gagal ujian berkenaan bagi menjamin kualiti produk MRSM.
Kes buli MARA: Tiada kompromi terhadap pelajar terlibat - Asyraf
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah institusi itu yang terlibat dengan kes buli dan pukul.
COVID-19: MRSM Muar ditutup seminggu
Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.
Kemasukan MRSM kekal untuk pelajar semua aliran - Mahdzir Khalid
Kerajaan setuju kekalkan dasar pengambilan pelajar ke MRSM tanpa mengira aliran sekolah.
Mukhriz kongsi gambar kenangan berbuka puasa di MRSM
Mukhriz menimbulkan persoalan kepada pengikutnya untuk meneka di manakah dirinya dalam kelompok enam sekawan di dalam gambar berkenaan.
Empat pelajar MRSM menang emas pertandingan robotik antarabangsa
Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand.
Kes curi 86 telefon bimbit pelajar MRSM selesai, suspek diberkas - Polis
Sebanyak 86 unit telefon bimbit, enam unit komputer riba, lima kad pengenalan dipercayai milik pelajar, satu kad pelajar MRSM Pasir Salak dan lima beg hitam dirampas dipercayai barangan curi.
70,000 mohon masuk MRSM, kuota hanya 7,760 - Rina Harun
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah itu adalah besar berbanding kuota maksimum 7,760 yang boleh ditawarkan di 54 buah MRSM seluruh negara.
Kaum Cina digalak belajar di MRSM
Bahasa pengantar yang digunakan dalam pembelajaran adalah bahasa Inggeris, manakala pensyarah yang diambil adalah berkualiti.