awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

75 peratus rakyat tempatan bekerja di Singapura dijangka digaji semula

Bernama
Bernama
13/07/2020
13:20 MYT
75 peratus rakyat tempatan bekerja di Singapura dijangka digaji semula
Mohd Izhar berkata mengikut data pihaknya, dianggarkan lebih 100,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura secara harian untuk bekerja.
Majoriti rakyat tempatan bekerja di Singapura yang 'direhatkan sementara' berikutan pandemik COVID-19 kini boleh menarik nafas lega kerana rata-rata majikan telah menyatakan kesediaan untuk menggaji semula mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad berkata ia susulan perbincangan antara kerajaan negeri Johor bersama kerajaan Singapura serta beberapa majikan yang kebanyakannya adalah kilang-kilang utama di republik itu.
"Setakat ini, kira-kira 75 peratus daripada mereka akan diterima balik (digaji semula), 15 peratus masih 'pending' dan 10 peratus mengambil tekad untuk tidak lagi bekerja di Singapura.
"Jadi saya rasa masalah membabitkan mereka tidak berlanjutan kerana kita sudah ada usaha untuk menyelesaikannya," katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap waris penerima pencen Faedah Penakat Perkeso di Taman Impian Emas, di sini hari ini.
Mohd Izhar berkata mengikut data pihaknya, dianggarkan lebih 100,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura secara harian untuk bekerja.
Beliau berkata selain usaha itu, pihaknya turut menyediakan program pasca-COVID-19 bagi membantu individu yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan baharu atau menambah kemahiran mereka.
"Ini termasuk program padanan pekerjaan dan menyediakan kursus kemahiran jangka pendek.
"Program yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ini akan membabitkan beberapa sektor pekerjaan mengikut permintaan pasaran, khususnya sektor kejuruteraan," katanya.
Mengenai program ziarah itu, Mohd Izhar berkata Perkeso akan membayar pencen Faedah Penakat sebanyak RM995.40 setiap bulan kepada kedua-dua ibu bapa Nuruldin Abd Rahman, 34, yang meninggal dunia pada 1 Julai lepas, akibat masalah jantung ketika sedang berbasikal bersama rakan-rakannya.
Bayaran itu akan dibuat mulai 1 Ogos ini sehingga akhir hayat waris kerana Nuruldin merupakan pencarum insurans Perkeso, katanya.
Topic Berkaitan
#Johor Bahru
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#Malaysia
#meninggal dunia
#pandemik
#pelaburan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Singapura
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan