awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan
Sepanyol kurangkan had kelajuan di laluan kereta api Madrid-Barcelona
Air Force One berpatah balik akibat masalah elektrik, Trump dijangka lewat tiba di Davos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 anggota kesihatan KKM positif COVID-19 - Noor Hisham

Bernama
Bernama
26/03/2020
07:19 MYT
80 anggota kesihatan KKM positif COVID-19 - Noor Hisham
Siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM. - Gambar fail
Seramai 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM.
"Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarakan sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, Dr Noor Hisham memberitahu sidang media harian mengenai COVID-19 bahawa punca jangkitan sebahagian besar anggota KKM adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan tabligh.
Punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Facebook
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan