Sebanyak 82 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh enam hari Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak 18 hingga 23 Januari lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, penyumbang tertinggi kepada kematian dalam kemalangan jalan raya adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu sebanyak 60 kematian.
"Kemalangan maut paling banyak direkodkan di Selangor dan Sarawak iaitu masing-masing 18 dan 12 kes manakala 10 kes kemalangan maut direkodkan di Kedah dan Johor.
"Statistik juga merekodkan 41 kes kecederaan parah manakala 91 kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Setakat enam hari Op Selamat 16 dijalankan, sebanyak 10,323 kemalangan direkodkan dengan Selangor menyumbang kes kemalangan tertinggi iaitu 3,206 manakala Johor (1,595) dan Kuala Lumpur (1,264).
"Polis turut mengeluarkan 152,226 saman. Daripada jumlah itu, 94,268 saman atau 61.9 % peratus membabitkan enam kesalahan utama.
“Enam kesalahan itu ialah menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan garis berkembar,” jelas beliau lagi.
Op Selamat 16 yang dilancarkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan berlangsung sehingga 2 Februari ini.
Astro Awani
Fri Jan 24 2020
Penyumbang tertinggi kepada kematian dalam kemalangan jalan raya adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu sebanyak 60 kematian. - Gambar hiasan
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
138 kematian dalam tempoh sembilan hari Op Selamat
Pembonceng dan penunggang motosikal mencatat jumlah tertinggi dengan 94 kematian.
82 kemalangan maut seluruh negara dalam 6 hari, Selangor kes tertinggi
Sebanyak 82 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh enam hari Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak 18 hingga 23 Januari lalu.
Kerajaan disaran wujudkan undang-undang kekang aktiviti basikal lajak
Polis menghadapi kesukaran apabila penunggang basikal lajak berusia di bawah 10 tahun yang tidak termaktub untuk diambil tindakan.
Kanak-kanak enam tahun pecah usus, meninggal dunia dipercayai didera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di Kangar pada Rabu.