awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

83 peratus tiket ETS dijual menjelang Aidilfitri, cuti sekolah

Bernama
Bernama
11/06/2018
23:02 MYT
83 peratus tiket ETS dijual menjelang Aidilfitri, cuti sekolah
Bagi perkhidmatan ETS tambahan untuk perjalanan 12 hingga 14 Jun dan 17 hingga 24 Jun ini, sebanyak 19,800 tiket disediakan. - Gambar hiasan
Sebanyak 175,340 tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk semua sektor sudah dijual menjelang perayaan Aidilfitri dan cuti sekolah pada 7 hingga 24 Jun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rani Hisham Samsudin, berkata ia merupakan 83 peratus daripada 200,000 tiket yang disediakan untuk semua sektor bagi tempoh itu.
"Bagi perkhidmatan ETS tambahan untuk perjalanan 12 hingga 14 Jun dan 17 hingga 24 Jun ini, sebanyak 19,800 tiket disediakan. Daripada jumlah itu, sebanyak 12,767 tiket atau 65 peratus sudah dijual dan tinggal 7,033 tiket lagi," katanya.
Bagi perkhidmatan KTM Intercity pula, sebanyak 17,303 atau 59 peratus daripada 29,480 tiket yang disediakan sudah dijual.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis mengedarkan 1,000 pek Aidilfitri kepada para penumpang kereta api di Stesen Sentral Kuala Lumpur oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Selepas itu, Loke dan pihak pengurusan KTMB berbuka puasa bersama-sama 40 anak yatim Pusat Jagaan Suci Rohani dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada mereka. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#balik kampung
#ETS
#hari raya
#KTMB
#perayaan
#Perkhidmatan Tren Elektrik
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan