awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 nelayan yang diculik kumpulan militan di perairan Tambisan, Lahad Datu diselamatkan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
22/06/2019
03:07 MYT
9 nelayan yang diculik kumpulan militan di perairan Tambisan, Lahad Datu diselamatkan
Dipercayai kesemua mangsa adalah pemegang kad lepa-lepa atau kad burung-burung iaitu resit yang diberikan ketika datang ke Sabah pada sekitar tahun 70-an. - Foto PDRM
Sembilan daripada 10 nelayan yang diculik kumpulan militan di perairan Tambisan, Lahad Datu baru-baru ini berjaya diselamatkan pasukan keselamatan Filipina.
Pembebasan dipercayai berlaku pada pagi ini di Kepulauan Jolo, Selatan Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan kejadian itu.
Menurut beliau, polis masih mendapatkan maklumat terperinci mengenai insiden sembilan mangsa culik yang diselamatkan hari ini.
"Berdasarkan maklumat awal yang kita terima, sembilan daripada 10 mangsa culik tempoh hari berjaya diselamatkan pihak tentera Filipina di Kepulauan Jolo.
"Kesemua mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan di bawah jagaan mereka (tentera Filipina)," katanya.
Menurut beliau, faktor kesemua diselamatkan dan dibebas daripada cengkaman penculik berkemungkinan mereka tidak mempunyai nilai ekonomi yang menjurus kepada permintaan wang tebusan.
"Masa dan lokasi sebenar kesemua mangsa yang diselamatkan itu masih kita belum menerima maklumat sepenuhnya.
"Keberadaan baki mangsa culik yakni seorang nelayan daripada kumpulan berkenaan masih juga belum diketahui, setakat ini," katanya.
Terdahulu, 10 nelayan dipercayai diculik kumpulan yang difahamkan mempunyai kaitan dengan aktiviti culik untuk tebusan (KFR) di perairan Tambisan, Lahad Datu sebelum dibawa ke Pulau Sitangkai di selatan Filipina, jam 2 pagi, pada 18 Jun lalu.
Dipercayai kesemua mangsa adalah pemegang kad lepa-lepa atau kad burung-burung iaitu resit yang diberikan ketika datang ke Sabah pada sekitar tahun 70-an.
Ketika kejadian kesemua mangsa berada di perairan berkenaan tanpa permit dan melanggar perintah berkurung yang dilaksanakan pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#culik
#Filipina
#keselamatan
#Lahad Datu
#mangsa
#militan
#nelayan
#Omar Mammah
#Pesuruhjaya Polis Sabah
#polis
#Sabah
#Tambisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan