awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 keluarga di Membakut berteduh di PPS akibat banjir

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/12/2019
11:04 MYT
97 keluarga di Membakut berteduh di PPS akibat banjir
Setakat jam 5 petang Selasa, 97 buah keluarga dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir kilat. - Astro AWANI
Sebanyak 97 keluarga terpaksa berteduh di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman masing-masing terjejas dalam kejadian banjir di daerah Membakut pada Selasa.
Mangsa banjir kilat yang terdiri daripada seramai 268 orang itu melibatkan penduduk di tujuh perkampungan di sekitar daerah Membakut.
Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Bakalau, Kg Jambatan Baru, Kg Baitam Baru, Kg Baitam, Kg Lumantak, Kg Takapan dan Kg Baitam Laut.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort, Mohd Mayroof Koibil ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa telah ditempatkan di PPS Selagon secara berperingkat sejak pagi tadi.
"Setakat jam 5 petang tadi, kita merekodkan 97 buah keluarga dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir kilat di daerah ini.
"Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang proses pemindahan itu dilakukan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian banjir kilat yang berlaku itu adalah susulan daripada hujan lebat sejak kelmarin.
Beberapa laluan masuk ke kampung yang terjejas turut tidak dapat dilalui kenderaan akibat dinaiki air.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#Membakut
#Pusat Pemindahan Sementara
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan