Kerajaan negeri Sarawak meminta Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) menggunakan teknologi baharu bagi membekalkan elektrik dan air kepada rakyat negeri itu khususnya di kawasan luar bandar.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Sabtu berkata ia bagi memastikan agenda untuk menyediakan liputan 100 peratus bekalan elektrik dan air bersih terawat di negeri itu tercapai menjelang tahun 2025.
"Untuk itu, kita (kerajaan) akan beri peruntukan tambahan supaya SEB dan JBALB dapat mengkaji penggunaan teknologi tersebut.
"Saya yakin ini dapat dilaksanakan dan saya akan cari dana untuk tujuan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Projek Utiliti Rakyat Kanowit, sebuah substesyen elektrik berkapasiti 132kV yang bernilai RM106 juta di sini.
Projek itu akan memberi manfaat bekalan elektrik 24 jam kepada sejumlah 146 kampung melibatkan 2,632 isi rumah di kawasan sekitar Kanowit.
Bagi elektrik, Abang Johari berkata teknologi yang dimaksudkan adalah sistem solar terapung yang boleh ditempatkan di empangan-empangan yang ada di Sarawak bagi menjana kuasa elektrik.
Teknologi yang sudah digunakan di China itu dijangka mula dibangunkan pada 2021 di Empangan Elektrik Hidro Batang Ai yang mampu menjana 30 hingga 50 megawatt kuasa eletrik dan disambungkan kepada grid elektrik di negeri itu.
Bagi air pula, teknologi osmosis berbalik akan digunakan untuk merawat air dari sungai bagi membekalkan air terawat yang bersih kepada rakyat.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.3 bilion untuk tahun 2019 dan 2020 bagi melaksanakan projek serta initiatif di bawah strategi bekalan elektrik yang bertujuan mempertingkatkan liputan bekalan elektrik bagi penduduk luar bandar daripada 91 peratus pada tahun 2018 kepada 97 peratus pada penghujung tahun ini.
Sebanyak RM2.8 bilion diperuntukkan bagi program Grid Bekalan Air Sarawak Fasa Pertama untuk pelaksanaan projek-projek yang membabitkan sumber air mentah, loji rawatan, sistem agihan, kerja menambah baik, penukaran paip, serta inisiatif pemodenan dan bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak (SAWAS).
Sebanyak 322 projek bekalan air itu berada di pelbagai peringkat pelaksanaan di seluruh Sarawak dan kesemuanya dijangka siap menjelang tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 11 2020
ABANG JOHARI: Pastikan agenda untuk menyediakan liputan 100 peratus bekalan elektrik dan air bersih terawat di negeri itu tercapai menjelang tahun 2025. - Gambar fail
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Sibu mampu jadi hab pengisian methanol hijau untuk perkapalan antarabangsa
Abang Johari berkata, perkara itu dapat dilakukan atas usaha negeri untuk menghasilkan metanol hijau.
Sarawak kerjasama dengan EU dalam sektor pengeluaran tenaga
Kerjasama tersebut akan melibatkan pembangunan dari segi teknologi terutamanya dalam penghasilan hidrogen.
Pembinaan lebih 100km jalan hubungkan Miri ke Long Terawan dijangka bermula tahun depan - Abang Jo
Pembinaan jalan lebih 100 Kilometer menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka bermula tahun depan.