Abang rogol adik 13 tahun hingga mengandung

Abang rogol adik 13 tahun hingga mengandung
Mangsa berusia 13 tahun kini hamil tujuh bulan akibat dirogol abangnya sekitar Oktober tahun lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 16 tahun direman lima hari kerana dipercayai merogol adik kandungnya berulang kali sehingga hamil.

Mangsa berusia 13 tahun kini hamil tujuh bulan akibat dirogol abangnya sekitar Oktober tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian disedari ibunya setelah melihat perubahan pada perut mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih untuk pemeriksaan dan disahkan hamil,

“Ketika disoal siasat mangsa mengaku telah dirogol oleh saspek sebanyak 10 kali semasa ketiadaan ibu bapa mereka,” katanya.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.