awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abu Kassim terajui pusat banteras rasuah GIACC

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2018
10:27 MYT
Abu Kassim terajui pusat banteras rasuah GIACC
Antara tugas awal GIACC termasuk memastikan 21 janji kerajaan Pakatan Harapan berkaitan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah terkandung dalam manifesto. - Gambar fail
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan governans, integriti dan banteras rasuah di negara ini.
Bakal diketuai bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, antara tugas awal GIACC termasuk memastikan 21 janji kerajaan berkaitan tadbir urus, integriti dan banteras rasuah terkandung dalam manifesto Kerajaan diberi tumpuan khusus untuk dilaksanakan dalam fasa-fasa tertentu.
Pusat ini juga bertanggungjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai polisi dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksanakan berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bagi mengantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK).
“JKKMAR akan berperanan dalam penentuan dasar dan hala tuju governans, integriti dan antirasuah di negara ini melalui kerangka Pelan Anti-Rasuah Nasional atau National Anti-Corruption Plan (NACP) yang bakal digubal kelak,” jelas kenyataan itu.
Penubuhan GIACC ini tidak akan menyebabkan berlakunya pertindihan bidang dan tanggungjawab dengan agensi yang sedia ada, sebaliknya penstrukturan semula akan dilakukan agar pelaksanaan akan berlaku lebih efektif atau dibubarkan mengikut kesesuaian dengan mengambil kira penubuhan GIACC.
Topic Berkaitan
#Abu Kassim Mohamed
#governans
#integriti
#kabinet
#kerajaan
#Malaysia
#Manifesto
#menteri
#Pelan Anti-Rasuah Nasional
#Perdana Menteri
#PM
#Rasuah
#SPRM
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan