Seramai 153 penyelam berjaya memecah rekod untuk acara terbesar penanaman semula terumbu karang di Malaysia dalam Malaysia Book of Records.
Misi yang bermula sejak 7 pagi itu menyaksikan sejumlah 4,824 terumbu yang berjaya ditanam semula di perairan Pulau Tioman.
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengurus Besar Malaysia Book of Records, Mohamad Alex Edward, kira-kira jam 2 petang tadi.
Ujarnya, pada 2014, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mencipta rekod menanam 3,040 terumbu karang di Pulau Manukan, Sabah.
"Namun kali ini rekod itu telah berjaya dipecah Leges Divers yang mencapai 58% lebih banyak daripada rekod yang dicipta sebelumnya," katanya.
Anjuran Leges Divers, peserta pada kali ini terdiri daripada penyelam sukarelawan dari seluruh negara dan turut disertai wakil Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Taman Laut Pahang.
Sementara itu, Pengarah Program Rysha Mustaffa menyifatkan kejayaan kali ini sebagai hasil kerjasama semua pihak.
"Bukan hanya kita berjaya mencipta rekod baharu tetapi kita juga berjaya menanam semula lebih 4,000 terumbu karang yang melibatkan persiapan rapi sejak 3 bulan lalu. Ia hasil usaha keras semua orang," katanya.
Tambah Rysha, usaha penanaman terumbu karang itu merupakan sebahagian daripada program pantai dan dasar laut anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang telah dijalankan sejak Februari lalu.
"Kami berhasrat dapat meneruskan program penanaman semula terumbu karang ini untuk tempoh lima tahun dan kami menyasarkan 30,000 terumbu karang dapat ditanam semula dalam tempoh berkenaan," katanya.
Terumbu karang yang dipilih diikat pada rangka diperbuat daripada PVC dan diletakkan pada dasar laut pada jarak kira-kira 70 meter dari pantai bagi menggalakkan pertumbuhan terumbu karang baharu.
Pertumbuhan terumbu karang baharu dijangka boleh mencecah sehingga 15 cm dalam tempoh setahun.
Tan Su Lin
Sun Jul 16 2017
Anjuran Leges Divers, peserta acara penanaman semula terumbu karang pada kali ini terdiri daripada penyelam sukarelawan dari seluruh negara dan turut disertai wakil Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Taman Laut Pahang. Astro AWANI / TAN SU LIN
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Pesta Gendang Nusantara 2024 raih dua pengiktirafan MBOR
Pesta Gendang Nusantara mula dianjurkan pada 1995 bagi meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi penggendangan di Malaysia dan nusantara.
Mrs Malaysia World 2023 bakal peraga kostum wau terbesar di Las Vegas
Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini bakal memperagakan kostum wau terbesar bagi merebut gelaran Best National Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas pada Januari ini.
Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA
Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ dinobat sebagai operator air pertama memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 telah diiktiraf oleh MBOR sebagai saluran paip air berkembar selari terowong mikro terpanjang dan terdalam.
Pelatih kecergasan cipta rekod bersenam 12 jam tanpa henti
Kejayaan itu turut meletakkan nama Dr K Jey Prabakaran dalam Influencer Book of World Records.
Sarvysswharrann terima Anugerah Duta Penerbangan Terbanyak Kanak-Kanak MBOR
Kriteria MBOR bagi anugerah itu adalah seseorang kanak-kanak itu pernah sekurang-kurangnya menerima tiga anugerah duta penerbangan.
Penanaman 150,000 pokok, hadiah rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis
Kejayaan menanam pokok dalam masa satu jam bermula 9 hingga 10 pagi itu, telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.
Karnival Olimpik: P.Pinang terima pengiktirafan MBOR
Kerajaan negeri juga menerima sijil MBOR bagi penganjuran acara tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 2019 dan tahun ini.
Projek bersih Sungai Batu Malim sepanjang 17.1km pecah rekod Malaysia
Program ini sebagai memperkasakan kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar dan sungai.