Adakah cuaca di Lembah Klang ketika ini seumpama di tanah tinggi Cameron Highlands atau Genting Highlands apabila seseorang tanpa memakai pakaian tebal akan menggigil kesejukan pada waktu malam tidak kira di dalam atau di luar rumah.
Rakyat Malaysia di Semenanjung diselubungi cuaca sejuk pada waktu malam dan kabus pada waktu pagi, yang turut menyembunyikan Menara Berkembar Petronas, mercu tanda ikonik di sini, daripada dilihat dengan mata kasar.
Kabus itu muncul sehingga kira-kira 10 pagi dan hanya menghilang ketika hari semakin panas. Ada yang mungkin tertanya-tanya adakah jerebu kembali semula kerana langit yang mendung kelihatan seolah-olah dilitupi jerebu.
Kebanyakan kawasan menjadi lembap dan basah kerana hujan sepanjang hari sejak semalam. Dilaporkan tempat letak kereta bawah tanah sebuah pusat beli-belah popular di Cheras di sini, turut dinaiki air ekoran banjir kilat malam tadi.
Suhu di seluruh Lembah Klang menurun sehingga 22 darjah Celsius, paling rendah dicatatkan dalam bulan ini kerana negara kini berdepan cuaca sejuk akibat musim Monsun Timur Laut, yang biasanya dikenali sebagai monsun musim sejuk.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia apabila angin monsun yang terbentuk di rantau Siberia-Mongolia melalui utara China merentasi Laut China Selatan dan Semenanjung.
"Langit yang mendung dan hujan berterusan adalah biasa dalam tempoh ini di kawasan Semenanjung. Ia menyebabkan suhu menurun dan menghasilkan kelembapan yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan pembentukan kabus, " katanya kepada Bernama.
Beliau berkata musim sejuk dan hujan akan berterusan, berkemungkinan sehingga awal Februari depan.
Jailan juga berkata hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan yang rendah serta kawasan berisiko banjir dan keadaan itu mungkin menjadi lebih buruk jika hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena air pasang.
Musim monsun dijangka berakhir Mac tahun depan.
Untuk rekod, suhu minimum yang dicatatkan di Cameron Highlands pada waktu malam adalah 15 darjah Celsius.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 16 2019
Ramai warga kota menyedari suhu pada waktu malam di Lembah Klang kini agak sejuk. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kekalkan kesihatan mulut, ceriakan senyuman di musim perayaan
Tidak salah untuk menikmati juadah yang lazat tetapi biarlah bersederhana demi menjaga kesihatan pergigian.
Gelombang sejuk landa beberapa negeri di utara India, kabus jejas penerbangan, tren
Pada pagi Jumaat, stesen cuaca utama New Delhi di Safdarjung merekodkan suhu minimum 9.4 darjah Celsius.
Speedy Tigers bersedia 'hangatkan' suasana dingin Hangzhou
Arulselvaraj berkata cuaca sejuk sememangnya sesuai untuk hoki memandangkan ia sukan yang memerlukan daya ketahanan yang sangat kompetitif.
Amaran cuaca sejuk hampir 30 negeri di AS
Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.
Sik kini persis Cameron Highlands, cuaca sejuk hingga 18 darjah Celsius
Sejuk tak tau nak habaq depa kata...
Lebih 100 migran berada luar kediaman Naib Presiden AS ketika suhu bawah paras beku
Bas yang sarat dengan migran dilihat berada di luar kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris di Washington pada hujung minggu ini, lapor Xinhua.
Salji 'Bom Siklon' landa seluruh Amerika Syarikat, sejuta penduduk bergelap
Lebih 200 juta rakyat AS berada di bawah amaran cuaca bahaya memandangkan suhu sejuk menurun sehingga serendah -48 Celsius.
Florida catat suhu paling sejuk dalam 12 tahun
Di Pantai Vero, timur Florida, suhu paling rendah pernah direkodkan ialah -1 darjah Celsius pada 1978.
Sekurang-kurangnya 16 maut terkandas dalam salji di Pakistan
Sekurang-kurangnya 16 pelancong maut dalam cuaca sejuk bersalji selepas kenderaan mereka terkandas di utara Pakistan.
Kanada keluar amaran sejuk melampau di wilayah barat
Angin kuat selama beberapa hari akibat tekanan tinggi rabung Artik yang mendorong udara sejuk ke bahagian Saskatchewan.