Hampir setahun selepas menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai peluang untuk membela diri di mahkamah esok (Isnin).

Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah dengan pihak pendakwaan akan mula membentangkan kesnya.

Bagaimanapun, sama ada perbicaraan akan dijalankan pada hari itu, ia bergantung kepada budibicara Hakim Sequerah kerana pihak pendakwaan dalam kes SRC International Sdn Bhd akan memohon kepada hakim pada pagi Isnin untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB.

Ini untuk memberi laluan kepada perbicaaan SRC yang dihadapi Najib selesai dahulu memandangkan pihak pendakwaan hampir menggulung kes dan saksi pendakwaan yang terakhir belum selesai memberi keterangan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada 13 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos yang mengesahan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa perbicaraan perlu diteruskan sepertri dijadualkan pada 19 Ogos.

Menurut senarai kes mahkamah yang ditampal di luar Mahkamah Yinggi Jenayah 1 (di hadapan Hakim Sequerah), kes itu dijadual bermula pada 19 Ogos.

Salah seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) 1MDB ketika ditanya mengenai perkara itu berkata mungkin perbicaraan 1MDB tidak akan diteruskan kerana perbicaraan SRC belum selesai.

"Tambahan pula pihak pendakwaan awam (untuk kes 1MDB) baru saja menyerahkan pernyataan saksi kepada pembelaan pada Jumaat dan pihak pembelaan mempunyai 14 hari untuk menelitinya," kata Timbalan Pendakwa Raya itu ketika dihubungi.

Timbalan Pendakwa Raya juga berkata sebanyak 60 saksi akan dipanggil semasa perbicaraan termasuk beberapa asing dari negara luar

Sebelumnya, Hakim Sequerah telah menetapkan 19 hingga 29 Ogos; bulan September dan Oktober kecuali hari Jumaat; dan dua minggu pertama bulan November untuk perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi Najib.

Pihak pendakwaan telah memohon untuk perbicaraan ditangguhkan bagi kali keempat sementara menunggu perbicaraan kes Najib selesai.

Pada 18 Julai, Hakim Sequerah menolak notis usul pendakwa raya untuk menangguhkan perbicaraan.

Pada 8 Julai, Hakim Sequerah menolak permohonan lisan Peguam Negara untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB yang dijadualkan pada 19 Ogos sehingga perbicaraan kes SRC selesai.

Pada 30 April, pendakwaan mengemukakan usulnya yang pertama untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB yang ditetapkan selama 14 hari bermula 15 April hingga 3 mei. Hakim membenarkan permohonan dan menjadualkan semula kes kepada 14 Mei hingga 21 Jun.

Pada 2 Mei, pihak pendakwaan sekali lagi memohon penangguhan melalui permohonan lisan. Mahkamah membenarkan penangguhan dan menjadualkan semula perbicaraan kepada 19 Ogos.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan akan mengetuai pasukan pendakwaan manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengetuai pasukan pembelaan.

Pada 20 Sept, 2018, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 25 pertuduhan dan kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ini adalah empat pertuduhan rasuah yang dihadapi Najib:


- Pada 1 April, 2009 di Bilik Mesyuarat Menter Kabinet, Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, melalui memorandum dari Menteri Kewangan, Najib telah mendapat kelulusan daripada kabinet bagi kerajaan Malaysia menjadi penjamin Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM5 bilion dari pasaran domestik dan asing melalui program Nota Jangka Sederhana Islam.

- Pada 29 Julai 2009, di tempat yang sama, Najib, pada 3 April 2009 telah membuat keputusan untuk kerajaan persekutuan mengambil alih TIA dan seterusnya menyebabkan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang dia mempunyai kepentingan langsung.

Pada 26 Sept 2009, Najib mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB yang mengadakan mesyuarat khas di The Royale Bintang, Damansara, Petaling Jaya, untuk meluluskan resolusi membenarkan 1MDB menyertai usaha sama dengan PetroSaudi International limited dengan membuat pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam bentuk saham biasa dalam syarikat itu pada harga US$1.00 sesaham.

- Pada 16 Mei 2011, di Pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, No 8, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Najib telah menyebabkan Lembaga Pengarah 1MDB meluluskan Resolusi Pekeliling yang membenarkan pelaburan tambahan sebanyak RM1 bilion (atau nilai setara dalam US$) di bawah Perjanjian pembiayaan Murabaha bertarikh 31 Mac 2010 dibuat di 1MDB Petro Saudi Limited.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa antara 31 Okt 2012 dan 29 Nov 2012, di tempat yang sama dan ketika memegang jawatan yang sama, telah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan untuk dirinya, berjumlah RM90,899,927.28 dengan mengambil dua tindakan:

- Pada 9 Februari 2012, di Pejabat 1MDB, sebagai Menteri Kewangan, telah meluluskan 1MDB, yang dia mempunyai kepentingan langsung melalui 1MDB Energy Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat 1MDB, untuk menawarkan bidaan untuk mengambil alih Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd pada harga bidaan sebanyak RM10.6 bilion.

Pada 10 Ogos 2012, di tempat yang sama dan sebagai Menteri Kewangan, telah meluluskan pengambilalihan ekuiti Syarikat Mastika Lagenda Sdn Bhd pada harga pembelian agregat sehingga RM2.75 bilion, dan seterusnya meluluskan 1MDB, untuk mengeluarkan Nota Pinjaman Berstruktur 10 Tahun bernilai US$ 1.75 bilion.

bagi pertuduhan ketiga, bekas perdana menteri itu didakwa menggunakan kedudukannya antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 untuk mendapatkan suapabn untuk dirinya berjumlah RM2,081,476,926 melalui dua tindakan:

- Pada 25 Feb 2013, di Pejabat 1MDB, sebagai Menteri Kewangan, telah meluluskan 1MDB, yang dia mempunyai kepentingan, untuk mengadakan perjanjian usaha sama dengan Aabar Investment PJS.

- Pada 14 Mac 2013, dalam meluluskan Surat Sokongan kepada 1MDB Global Investment Limited bagi tujuan menyokong penerbitan bon berjumlah US$3 bilion bagi pihak 1MDB, yang dia mempunyai kepentingan langsung.

- Pada 20 Ogos, di Pejabat 1MDB, atas kapasitinya sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, telah mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB untuk memberi kelulusan bagi 1MDB Energy Holdings Limited untuk membuat pinjaman melalui Kemudahan Pinjaman Berjangka sehingga US$975,000,000 dari Deutsche Bank AG untuk terbitan 1MDB Energy Group IPO, yang dia mempunyai kepentingan langsung.

-- Najib didakwa telah melakukan semua kesalahan itu di bank yang sama antara 23 Jun 2014 dan 19 Dis, 2014.

-- Semua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) undang-undang yang sama.

-- Dia menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berikut ialah 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Najib: