'Adib minta kebenaran guna telefon bimbit' - Saksi

'Adib minta kebenaran guna telefon bimbit' - Saksi
Selain itu pihak hospital turut menasihatkan Adib supaya penggunaan telefon bimbit itu hanya dibenarkan untuk berkomunikasi bersama keluarga terdekatnya sahaja. - Gambar fail
SHAH ALAM: "Adib gunakan isyarat tangan minta kebenaran untuk gunakan telefon bimbit".

Demikian perkongsian Pakar Bius Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, Datuk Dr Suneta Sulaiman.
Bagaimanapun, Dr Suneta yang juga saksi ke-15 memaklumkan pasukan perubatannya yang merawat Adib telah meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan permohanan beliau untuk menggunakan telefon bimbit.

"Saya nasihatkan Adib untuk tidak melayari internet terlalu banyak kerana masa itu ada banyak laporan mengenai kejadian, saya kemudian jumpa Adib maklumkan syarat itu dan dia mengangguk bersetuju sebelum pihak hospital membenarkan penggunaan telefon secara berkala", katanya.

Selain itu pihak hospital turut menasihatkan Adib supaya penggunaan telefon bimbit itu hanya dibenarkan untuk berkomunikasi bersama keluarga terdekatnya sahaja.

Prosiding yang masuk hari ke-10 itu berlangsung di hadapan Koroner Rofiah Mohammad serta beberapa pegawai pengendali inkues.

Prosiding pada sebelah petang akan diteruskan dengan keterangan saksi ke-16.