awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Adib telah diberi rawatan terbaik' - Dr Lee Boon Chye

Luqman Hariz
Luqman Hariz
18/12/2018
03:13 MYT
'Adib telah diberi rawatan terbaik' - Dr Lee Boon Chye
Jenazah Muhammad Adib dibawa keluar dari IFPN pagi tadi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kesihatan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim nampak memberangsangkan sebelum tiba-tiba dilaporkan merosot semula pada Ahad lalu.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ketika ditemui di Astro AWANI hari ini, itu merupakan lumrah perubatan.
“Saya sendiri sudah jumpa doktor yang merawatnya di Institut Jantung Negara (IJN), saya yakin mereka sudah lakukan yang terbaik.
“Beliau (Adib) sudah diberi rawatan terbaik yang ada,” kata Dr Lee, ketika ditemui wartawan di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.
BACA: Akhirnya, Adib pulang jua ke kampung halaman
Beliau turut berkata, sewaktu mula-mula tiba di hospital pada 27 November lalu, paras oksigen dan tekanan darah Adib amat rendah.
Menurutnya, beliau belum mendapat kepastian lagi berhubung kesihatan Adib yang merudum pada Ahad lalu.
“Saya bukan doktor yang merawat. Malangnya perubatan kadang kala begitu.
“Kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan yang perlu,” katanya.
Selepas 20 hari bertarung nyawa, Adib akhirnya kembali menemui Ilahi, selepas mengalami kecederaan parah akibat dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Seafield, Subang Jaya pada awal 27 November lalu.
Topic Berkaitan
#bomba
#IJN
#Institut Jantung Negara
#maut
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan