announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Adik bunuh abang, simen mayat dalam tong air

Adik bunuh abang, simen mayat dalam tong air
Polis menemukan mayat mangsa di dalam tong air yang disimen berhampiran lokasi kejadian.
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam tong air yang disimen dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata mayat mangsa berusia 34 tahun itu dijumpai jam 7 pagi tadi selepas polis menahan suspek yang juga adik mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan.

Sapii berkata siasatan awal mendapati adik mangsa ada menceritakan tentang apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya.

Susulan itu, abang mangsa bertindak menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.

Polis yang tiba jam 7 pagi menahan suspek yang ketika itu sedang tidur.




Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.