awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik pemimpin politik pembangkang Sabah ditahan SPRM

Assim Hassan
Assim Hassan
17/10/2017
15:03 MYT
Adik pemimpin politik pembangkang Sabah ditahan SPRM
Sumber SPRM memberitahu, pihaknya telah cuba memanggil ADUN tersebut untuk dirakam percakapan semalam tetapi beliau seolah-olah mahu mengelak. - Gambar fail
Adik kepada seorang pemimpin parti politik Sabah ditahan Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di di Likas, Sabah pada Selasa malam.
Lelaki yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah itu ditahan SPRM di kediamannya.
Lelaki yang berpangkat 'Datuk' itu juga memegang jawatan ketua bahagian sebuah parti di sebuah daerah di pantai timur Sabah.
Sumber SPRM memberitahu, pihaknya telah cuba memanggil ADUN tersebut untuk dirakam percakapan semalam tetapi beliau seolah-olah mahu mengelak.
"Pagi ini kita cuba untuk hubungi beliau lagi dan minta datang ke Pejabat SPRM. Beliau hanya datang pada pukul 5 petang.
"Sepasukan polis membawa ahli politik ini ke rumahnya di Likas sebelum ditahan pada pukul 10 malam," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Selasa malam.
Tambah sumber, lelaki berpangkat 'Datuk' itu dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.
Dengan penahanan itu, sudah dua adik bekas menteri persekutuan tersebut berada dalam tahanan SPRM.
Pada 10 Oktober lalu, seorang individu yang berusia 52 tahun ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu sama dan kini dalam reman selama 10 hari.
Topic Berkaitan
#ADUN
#dana
#seleweng
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan