Kejadian seorang adik melanggar dengan kereta dan menetak abang serta kakak iparnya di hadapan sebuah kuil di Kampung Chuang Rasa, di sini, sebelum mayat lelaki itu ditemukan terapung di lombong adalah berpunca akibat berebut harta.
Ketua Polis Derah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata mangsa berusia 65 tahun dan isterinya, 56, cedera di kaki dan tangan akibat ditetak suspek dengan menggunakan parang sebelum mereka ditemui oleh orang awam terbaring dalam keadaan berlumuran darah di pagar kuil berkenaan kira-kira jam 7.56 pagi semalam.
"Saksi itu memaklumkan, pasangan tersebut sedang menunggang motosikal jenis Honda C90 sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Iswara.
"Suspek yang berusia 61 tahun kemudian menetak abang dan kakak iparnya itu sebelum melarikan diri.
“Kita telah menjumpai parang yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu di tepi jalan simpang tiga di Pekan Rasa.
"Hasil pemeriksaan, kita mengesan tiga cap jari di permukaan senjata tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bagaimanapun mayat suspek kemudian ditemui terapung berhampiran sebuah kereta yang terjunam di tepi tebing di lombong Antara Gapi pada jam 1.10 petang.
“Hasil pemeriksaan pada fizikal tiada kecederaan serta unsur jenayah.
"Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat," katanya.
Arsad memaklumkan kes tetak pasangan suami isteri itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kes kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Sinar Harian
Fri May 22 2020
Orang awam menjumpai pasangan suami isteri dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pagar sebuah kuil di Kampung Chuang, Rasa semalam. -Foto Sinar Harian
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Kakak maut, adik cedera motosikal langgar kereta
Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
PKNS lancar 12 projek pembangunan dengan GDV RM690 juta
Projek tersebut melibatkan 44% pembangunan komersial, 13% kediaman dan 43% campuran di atas tanah berkeluasan sejumlah 5.972 ekar.
Adik tetak abang, kakak ipar akibat berebut harta
Mayat suspek kemudian ditemui terapung berhampiran sebuah kereta yang terjunam di tepi tebing di lombong Antara Gapi pada jam 1.10 petang.