awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik tikam kakak hingga mati akibat selisih faham

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2019
04:41 MYT
Adik tikam kakak hingga mati akibat selisih faham
Hanya kerana selisih faham, seorang lelaki bertindak menikam kakaknya beberapa kali hingga mati. -Gambar hiasan
Seorang wanita maut ditikam beberapa kali menggunakan pisau oleh adiknya di sebuah rumah di Kampung Kemansur di sini, pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila mangsa Fan Suik Moi, 56, dipercayai bertengkar dengan adik lelakinya yang berusia 55 tahun.
"Ketika kejadian, terdapat ahli keluarga lain di rumah berkenaan yang telah menghalang suspek daripada terus menikam mangsa.
"Mangsa yang cedera telah dihantar oleh jiran ke Hospital Bentong.
"Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana mengalami pendarahan serius akibat tikaman di badannya," kata Othman.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 6 petang, Sabtu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan masih giat dilakukan.
Topic Berkaitan
#Fan Suik Moi
#Hospital Daerah Bentong
#Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
#Hospital Temerloh
#Kampung Kemanusur
#Otman Nayan
#selisih faham
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan