Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia awal pagi tadi.
Allahyarham dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan berita pemergian Abu Bakar menerusi muat naik status di akaun Facebook rasminya pagi ini.
"Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.
"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman."
Khabar sedih itu turut dikongsi rakan-rakan politik Abu Bakar, yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua bahagian itu, menerusi media sosial masing-masing.
Berkelulusan Sijil Perakaunan dari Maktab Kerjasama Malaysia, Abu Bakar pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang pada 2013 hingga 2018.
Jenazah Abu Bakar akan dibawa pulang dari Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Chini lewat pagi ini.
Allahyarham Abu Bakar meninggalkan isteri Datin Seri Razana Fatin Abdullah@Razali dan difahamkan dua orang anak, hasil perkahwinan pertama arwah.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Abu Bakar mempertahankan DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan Mohd Razali Ithnain dari PKR dan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, calon PAS.
Abu Bakar merupakan penyandang kerusi DUN Chini sejak PRU ke-11 pada 2004.
Chini adalah satu daripada empat kerusi DUN di bawah Parlimen Pekan yang disandang oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Astro Awani
Wed May 06 2020
Abu Bakar meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. -Gambar fail
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
PRK Chini: Lapan borang pencalonan dibeli
Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata daripada jumlah itu, empat borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN), manakala empat lagi oleh wakil bebas.
Speaker Pahang serah notis kekosongan DUN Chini kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad, hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Chini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi DUN Chini kosong, SPR tunggu pemakluman rasmi
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya masih perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang tindakan dibuat.
Agong zahir takziah kepada keluarga ADUN Chini
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham ke rahmatullah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.
ADUN Chini Abu Bakar Harun meninggal dunia
Allahyarham dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.