MANA satu cerita yang betul?
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan dakwaan beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.
Dalam kenyataannya kepada Astro AWANI pada sebelah pagi, beliau memaklumkan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan.
BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah
Dalam masa sama, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari pula mengesahkan penahanan seorang ADUN dari parti itu.
Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Bersatu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Menurut Abdul Rashid, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden Parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam dan kami perlu menunggu siasatan polis.
“Apa hasil siasatan itu saya tidak tahu tetapi jika ada kes, tiada sesiapa melebihi undang-undang. Saya juga tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian.
Usaha Astro AWANI menghubungi ADUN itu bagi mendapatkan raksi beliau mengenai kenyataan Abdul Rashid bagaimanapun tidak berhasil apabila panggilan tidak berjawab.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ada menerima maklumat mengenai tangkapan seorang ADUN melalui media sosial tetapi belum ada laporan rasmi mengenai perkara itu.
"Saya sedang menunggu laporan berkaitan perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi ini.
Astro Awani
Mon Jan 13 2020
Adhif Syan Abdullah menafikan dakwaan beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Adhif Syan kekal digantung jawatan Ketua Armada Selangor
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal menggantung jawatan Adhif Syan Abdullah sebagai Ketua Armada Selangor.
KBS nafi berurusan dengan syarikat yang berkait dengan serbuan polis
Tiada lagi kontrak baharu untuk syarikat itu sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pada Mei 2018.
Nasib Adhif Syan dibincang dalam Mesyuarat MT BERSATU esok
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan mesyuarat akan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kes dadah: Adhif Syan digantung jawatan Ketua Armada Selangor
Majlis Ketua Armada Nasional memutuskan penggantungan itu berterusan sehingga siasatan polis berkaitan kes dadah itu selesai.
Dakwaan ADUN ditahan: KPN sahkan 16 daripada 17 positif dadah, identiti tidak didedah
Ketua Polis Negara sahkan penahanan 17 individu dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini awal pagi Isnin.
ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan
ADUN Dengkil nafi beliau ditangkap polis, dalam masa sama Pengerusi Bersatu Selangor, sahkan penahanan seorang ADUN dari parti itu.