awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Jelai MB Pahang yang baharu

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
15/05/2018
07:50 MYT
ADUN Jelai MB Pahang yang baharu
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan Menteri Besar Pahang kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar.
Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, 60, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.
Wan Rosdy mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri itu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawat jawatan itu selama empat penggal.
Barisan Nasional (BN) sebelum ini memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 35 pada 2013.
Turut berkenan hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#ADUN
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
#Menteri Besar
#Tengku Abdullah
#Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan