awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Kajang letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2014
09:44 MYT
ADUN Kajang letak jawatan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.
Perletakan jawatan ADUN PKR yang berkuat kuasa hari ini disahkan oleh Speaker Hannah Yeoh dalam satu sidang media petang tadi.
Ini seterusnya memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan di kawasan tersebut.
ADUN Kajang Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor pada hari ini.Saya akan maklumkan kepada SPR esok pagi
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 27, 2014
lee
lee
Yeoh berkata Lee telah menyerahkan surat perlepasan keahliannya pagi tadi dan hal ini akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok pagi.
Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa perletakan jawatan Lee adalah untuk memberi laluan untuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Menteri Besar Selangor yang dipegang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini dikatakan berkaitan dengan persengketaan baru-baru ini antara Khalid dan timbalan presiden PKR Azmin Ali.
Manakala, Anwar pada hari Isnin telah menafikan segala dakwaan berkenaan beliau akan menggantikan Khalid.
"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya pagi tadi.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Hannah Yeoh
#Kajang
#Lee Chin Cheh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan