awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Negeri Sembilan ditahan anggota polis Bukit Aman di bawah SOSMA

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/10/2019
07:04 MYT
ADUN Negeri Sembilan ditahan anggota polis Bukit Aman di bawah SOSMA
Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong, mengesahkan perkara berkenaan dan katanya ADUN berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Baru Rahang jam 9.58 pagi. - Gambar hiasan

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), pagi tadi. Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong, mengesahkan perkara berkenaan dan berkata ADUN berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Baru Rahang jam 9.58 pagi. Beliau mengakui terkejut apabila dimaklumkan penahanan berkenaan itu dan jelasnya beliau akan cuba sedaya upaya membantu dengan beri bantuan guaman untuk pastikan ADUN berkenaan dapat dibebaskan. BACA: Exco Melaka disyaki terlibat LTTE ditahan Katanya, buat masa ini pihaknya tidak pasti faktor penahanan ADUN itu dan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis Bukit Aman. Menurutnya, beliau berharap polis dapat melakukan siasatan secepat mungkin agar ADUN itu dapat dibebaskan dalam waktu terdekat. Sehubungan itu katanya, masyarakat diharap bertenang dan tidak buat sebarang spekulasi dengan memberi masa kepada polis untuk jalankan siasatan. Difahamkan, ADUN berkenaan ditahan oleh kira-kira 15 lelaki dengan sebahagian daripada mereka memakai topeng dipercayai anggota polis dari Bukit Aman menyerbu kediaman di Kampung Baru Rahang, pagi tadi. Satu surat pemakluman dikemukakan tangkapan yang tertulis dia ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Polis yang bersenjata api itu kemudian membawa ADUN terbabit ke pejabatnya di Taman Seremban Jaya dan melakukan pemeriksaan.

Topic Berkaitan
#ADUN
#Bukit Aman
#keselamatan
#Negeri Sembilan
#polis
#Seremban
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan