awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie meninggal dunia

Najib Aroff
Najib Aroff
02/07/2018
03:55 MYT
ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie meninggal dunia
Pada PRU14 yang lalu, Allahyarham Mat Shuhaimi menewaskan tiga calon lain di DUN Sg Kandis dengan majoriti 12,480. - Foto Astro AWANI
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis Mat Shuhaimi Shafie meninggal dunia pada jam 11.10 pagi ini, menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah dalam satu kenyataan.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat kanser limfoma, pada usia 50 tahun.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata jenazah akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, sejurus selepas selesai urusan di hospital.
Jenazah Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, selepas solat Asar.
Salam takziah kepada keluarga YB Shuhaimi Shafiei, Adun Sungai Kandis yang telah kembali ke Rahmatullah. Moga roh beliau dicucuri rahmat. Alfatihah
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) July 2, 2018
Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, beliau menewaskan tiga calon lain di DUN berkenaan dengan majoriti 12,480.
Pada majlis mengangkat sumpah jawatan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN ke-14, 26 Jun lalu, Mat Shuhaimi tidak menghadirinya atas faktor kesihatan.
Allahyarham juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Topic Berkaitan
#ADUN
#ADUN Sungai Kandis
#Mat Shuhaimi Shafie
#meninggal dunia
#Menteri Besar
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan