awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro raih Platinum Putra Brand Awards tujuh kali berturut-turut
Literasi kewangan lemah, pinjaman tersembunyi punca guru bankrap - NUTP
Ribut musim sejuk landa Amerika, 230 juta penduduk berdepan kesulitan, ribuan penerbangan dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong beratur beli ayam goreng KFC di Temerloh

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2019
08:39 MYT
Agong beratur beli ayam goreng KFC di Temerloh
Sultan Abdullah mengambil pesanan ayam goreng ketika mencemar duli mengujungi restoran makanan segera di Temerloh, Pahang pada Jumaat. - Gambar Instagram ISTANA NEGARA
Pernahkah anda membayangkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli mengunjungi restoran makanan segera?
Barangkali, sebilangan besar daripada rakyat Malaysia tidak pernah terfikir baginda akan melakukannya.
Namun, hari ini, keberangkatan baginda di sebuah restoran makanan segera di Temerloh, Pahang mencuri perhatian ramai.
Baginda tanpa rasa kekok beratur bersama pelanggan lain memesan makanan di kaunter.
Rakaman foto baginda di restoran makanan segera itu dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.
View this post on Instagram
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini menikmati santapan tengah hari KFC di bandar Temerloh selepas selesai menunaikan Solat Jumaat. Daulat Tuanku . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong enjoying lunch at KFC after Friday prayers. Daulat Tuanku
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Jun 20, 2019 at 11:50pm PDT
BACA: Sisi berbeza: Raja Permaisuri Agong tunjuk teladan isteri mithali di Aidilfitri
Sultan Abdullah yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak serta pegawai pengiring serta memesan Ayam Goreng Kentucky.
Kapsyen yang dimuat naik di Instagram berkenaan itu memaklumkan, baginda menikmati ayam goreng itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.
Keberangkatan baginda ke restoran berkenaa tanpa protokol menarik perhatian pengunjung serta netizen.
Rata-rata netizen mengagumi dan memuji kesederhanaan baginda yang disifatkan sebagai raja berjiwa rakyat.
Topic Berkaitan
#Agong beratur beli ayam goreng KFC di Temerloh
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Ayam Goreng Kentucky
#KFC
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan