awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan ziarah mangsa kebakaran di Sungai Lembing

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
14/09/2019
16:18 MYT
Agong berkenan ziarah mangsa kebakaran di Sungai Lembing
Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 32 ketua keluarga mangsa yang terjejas dalam kebakaran itu. - Foto Astro AWANI/Noraniza Kamsani
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa kebakaran di Sungai Lembing di sini, pada Ahad.
Seri Paduka ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan melawat kawasan kebakaran yang turut mengakibatkan sepasang suami isteri maut.
Baginda bertitah, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa sewaktu kejadian.
"Saya berasa bersimpati di atas kehilangan dua orang penghuni. Saya harapkan keluarga mangsa dapat bersabar dengan kejadian ini.
"Saya harapkan semua pihak dapat tampil membantu mangsa. Namun bangunan yang kusam dan lama ini ada bahayanya. Sebab itu ia perlu diberi perhatian sewajarnya," titah baginda.
Pada lawatan itu, Seri Paduka turut berkenan mendengar taklimat mengenai kejadian itu oleh Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah.
Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 32 ketua keluarga mangsa yang terjejas dalam kebakaran itu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi 31 Disember lalu, sebanyak 32 kediaman dan premis kedai dua tingkat musnah, termasuk sebuah perpustakaan.
Kejadian itu turut mengorbankan pasangan suami isteri warga emas, Ho Yuk Fun, 74, dan Chow Kim Mui, 70.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#Chow Kim Mui
#Ho Yuk Fun
#kebakaran di Sungai Lembing
#mangsa kebakaran
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan