awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong periksa dua kemalangan berlaku sekitar Putrajaya

Bernama
Bernama
08/11/2019
07:18 MYT
Agong periksa dua kemalangan berlaku sekitar Putrajaya
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertanya khabar mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Plaza Tol Putrajaya pada Jumaat. - Gambar Instagram Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan terhadap pengguna jalan raya apabila mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memeriksa dua kemalangan yang berlaku di sekitar Putrajaya pagi tadi.
Laman Instagram Istana Negara (istana_negara) hari ini memuat naik dua klip video dan dua gambar menunjukkan Seri Paduka memeriksa keadaan serta bertanya khabar pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Seri Paduka Baginda menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan," menurut hantaran itu.
Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap mangsa kemalangan jalan raya terserlah apaboila baginda mencemar duli bertanya khabar mangsa  kemalangan di sekitar Putrajaya pada Jumaat. - Gambar Instagram Istana Negara
Keprihatinan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap mangsa kemalangan jalan raya terserlah apaboila baginda mencemar duli bertanya khabar mangsa kemalangan di sekitar Putrajaya pada Jumaat. - Gambar Instagram Istana Negara
Menurut hantaran itu, kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuhraya Maju (MEX).
Dalam video pertama, Yang di-Pertuan Agong kelihatan tidak kekok melangkah besi pembahagi jalan bagi melihat keadaan kenderaan yang terlibat, selain berbual dengan pemandu tersebut.
Dalam video kedua pula, Seri Paduka kelihatan berbual dengan pasangan yang terlibat dalam kemalangan itu serta tidak keberatan bergambar bersama mereka apabila diminta oleh pasangan itu. - BERNAMA
View this post on Instagram
Dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya. Seri Paduka Baginda menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan. #agongkita #ourking
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Nov 7, 2019 at 6:53pm PST
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Cyberjaya
#Instagram
#Istana Negara
#memeriksa dua kemalangan
#Putrajaya
#Seri Paduka
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan