Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Tokyo hari ini, bagi menyaksikan Upacara Pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito yang dijadualkan esok.
Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di sebuah hotel di sini pada 7.40 petang waktu tempatan (kira-kira 6.40 waktu Malaysia), disambut Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan dan isteri Datin Josepine Anak Dagang.
Terlebih dahulu, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sini pada 5.30 petang (waktu tempatan).
Kehadiran Seri Paduka berdua adalah atas jemputan kerajaan negara matahari terbit itu, bagi menyaksikan upacara bersejarah buat negara tersebut yang akan berlangsung di Istana Imperial yang terletak di pusat bandar Tokyo.
Kunjungan Seri Paduka berdua ke Jepun juga merupakan yang pertama sejak Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai lepas.
BACA: Agong, Permaisuri bakal saksi upacara pertabalan Maharaja Jepun
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang dijadualkan berada di sini selama empat hari, juga akan berangkat ke Majlis Santapan Malam anjuran Maharaja Naruhito dan Maharani Masako selain Jamuan Teh Diraja pada Rabu.
Upacara pertabalan Maharaja Jepun kali terakhir diadakan pada November 1990, iaitu bagi Maharaja Akihito, 85, yang dimasyhurkan pada Januari 1989.
Maharaja Naruhito, 59, dimasyhurkan pada 1 Mei lepas bagi menggantikan ayahanda baginda yang melepaskan takhta atas faktor kesihatan, sekali gus menjadi Maharaja pertama berbuat demikian dalam tempoh 200 tahun.
Pemasyhuran itu menandakan bermulanya era baharu Jepun, iaitu 'Reiwa' yang bermaksud harmoni dan tertib sekali gus mengakhiri era 'Heisei' bererti mencapai keamanan di bawah pemerintahan Maharaja Akihito.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di sebuah hotel di Tokyo hari ini. - Foto BERNAMA
Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
KSM akan kuat kuasa Akta Kerja 1955 sepenuhnya, tiada kompromi
Tegas Menteri Sumber Manusia itu, negara ini ada raja dan undang-undang, tak kira siapa syarikat swasta, kerajaan, negeri mana, dan parti politik mana semua kena ikut undang-undang.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Seludup barang bersubsidi lebih aktif ketika Ramadan, Syawal
Antara barangan dirampas adalah minyak masak pelbagai jenama dan beras yang disyaki dibawa keluar untuk dijual di negara jiran.
JTKSM akan siasat isu aduan melibatkan pelanggaran undang-undang buruh
Jelas Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, piagam pelanggan JTKSM bagi menyiasat dan memaklumkan hasil setiap siasatan aduan adalah 21 hari bekerja daripada tempoh aduan.
Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Model baharu GPT dilancar tahun ini - CEO OpenAI
Sam Altman berkata model baharu itu nanti akan menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding GPT-4.
Skim baharu penstrukturan beras, padi negara akan diumumkan dalam tempoh terdekat
Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hal itu kerana pengeluaran beras putih tempatan hanya 62 peratus di negara ini dan 50 peratus sahaja diedarkan ke pasaran.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
#AgongKita: Agong, Raja Permaisuri tetap di hati rakyat
Keperibadian baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sentiasa di hati rakyat jelata.
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.
Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong esok
Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
#AgongKita: Al-Sultan Abdullah perjelas lantikan PM, musyawarah bersama MRR
Ia sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Perdana Menteri dibuat berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja (MRR), dan bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
#AgongKita: Pergolakan politik detik pilu, merugikan negara - Al-Sultan Abdullah
Titah baginda, pergolakan politik tanah air itu telah menyebabkan rakyat menanggung pelbagai kerugian.
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan itu pada program Malam 1000 Kenangan di Istana Negara pada Jumaat lepas.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah main peranan penting lonjakkan ekonomi negara semasa pemerintahan
Penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah bukan sahaja akan dikenang dalam ingatan manis seluruh rakyat malah juga oleh komuniti perniagaan di negara ini.
Al-Sultan Abdullah berangkat melawat Galeri Padi di Sekinchan
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Galeri Padi dan Pusat Jualan Beras di Sekinchan.