awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong sokong cadangan gubal undang-undang tangani berita palsu, fitnah

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
05/03/2018
04:17 MYT
Agong sokong cadangan gubal undang-undang tangani berita palsu, fitnah
Baginda turut melahirkan rasa syukur kerana kerajaan mampu kekal fokus dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyokong cadangan penggubalan undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial.
"Pada masa ini, media sosial amat berpengaruh dalam membentuk nilai dan budaya sesuatu masyarakat.
"Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mempertahankan budi pekerti dan nilai-nilai baik masyarakat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Sidang Parlimen ke-13 hari ini di Dewan Rakyat.
Selain itu, Baginda turut melahirkan rasa syukur kerana kerajaan mampu kekal fokus dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
"Kewangan kerajaan juga dijangka lebih kukuh, disumbang oleh kutipan hasil lebih tinggi, pertumbuhan perbelanjaan yang sederhaa dan defisit fiskal disasarkan terus berkurangan.
"Negara juga masih kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan dan dijangka dapat menarik pelaburan lebih tinggi pada tahun ini. Diharapkan momentum prestasi positif ini dapat dikekalkan," titah Baginda.
Persidangan Parlimen akan diteruskan pada hari Selasa dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja selama dua minggu, sebelum menteri-menteri menjawab perbahasan tersebut pada minggu ketiga.
Ini akan diikuti perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu keempat dan kelima.
Antara yang menarik dan boleh dijangka pada sesi kali ini adalah kemungkinan pembentangan tentang rang undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Ia dijangka diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan ia diguna pakai dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.
Topic Berkaitan
#Agong
#baginda
#berita palsu
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#fitnah
#kerajaan
#media sosial
#Sultan Muhammad V
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan