awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong terima menghadap Peguam Negara baharu

Bernama
Bernama
12/03/2020
09:49 MYT
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun di Istana Negara hari ini. - Foto Intagram Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima menghadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun di Istana Negara.
Menurut catatan di laman Instagram rasmi Istana Negara (@istana_negara), majlis menghadap berkenaan merupakan yang pertama selepas Idrus dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac lepas.
Pelantikan itu dibuat selepas Tan Sri Tommy Thomas yang memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Feb lepas, selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Idrus, 65, anak kelahiran Sanglang, Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Ayer Hitam, Kedah dan Kolej Sultan Abdul Hamid sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Universiti Malaya (UM).
Dalam karier beliau, Idrus pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah, Peguam Cara Negara, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Istana Negara
#Mahkamah Persekutuan
#Mahkamah Rayuan
#Peguam Negara
#Tan Sri Idrus Harun
#Tommy Thomas
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan