awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Agong padat, pelbagai perkara penting boleh dibahas Ahli Parlimen - Ahmad Zahid
Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh
SPRM reman bekas eksekutif bank disyaki terbabit rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong tiba di UK untuk lawatan khas

Bernama
Bernama
10/12/2019
01:12 MYT
Agong tiba di UK untuk lawatan khas
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 6.30 petang Isnin waktu tempatan. - Foto Instagram Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di London untuk melakukan lawatan khas di United Kingdom dari 9 hingga 16 Dis.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 6.30 petang waktu tempatan pada Isnin (9 Dis) (2.30 pagi Selasa, waktu Malaysia).
Ketibaan pasangan diraja itu disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Mohamad Sadik Kethergany dan Vice Lord-Lieutenant of Bedfordshire Kolonel Chris Sharwood-Smith.
Dalam kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, lawatan itu melambangkan kepentingan memelihara hubungan dua hala yang dijalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UK, terutama antara kerabat diraja kedua-dua negara.
Di London, Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari yang akan dihoskan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada Khamis (12 Dis).
View this post on Instagram
9 Disember 2019 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di United Kingdom bagi memulakan Lawatan Khas dari 9 hingga 16 Disember 2019. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Mohamad Sadik Kethergany dan Vice Lord-Lieutenant of Bedfordshire Colonel Chris Sharwood-Smith. Daulat Tuanku #agongkita #ourking #permaisurikita #ourqueen #uk #specialvisit #royal #malaysia #unitedkingdom #london #tunkuazizah
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Dec 9, 2019 at 2:27pm PST
Al-Sultan Abdullah juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Lord Archbishop of Canterbury Justin Welby untuk bertukar-tukar pandangan berhubung masyarakat pelbagai bangsa dan agama di kedua-dua negara.
Menurut kenyataan itu, atur cara lawatan Seri Paduka berdua juga termasuk menghadiri majlis santapan malam dengan komuniti Malaysia di London dan melawat Perpustakaan British.
Al-Sultan Abdullah juga akan diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat pada perbarisan bersempena istiadat pentauliahan diraja anakanda baginda Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada Jumaat (13 Dis).
Al-Sultan Abdullah pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979.
Lawatan khas ke UK merupakan lawatan keempat oleh Al-Sultan Abdullah selepas lawatan khas Seri Paduka ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.
Sementara itu, Raja Permaisuri Agong akan melakukan lawatan ke Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Biro Dunia dan bangunan Associated Country Women of the World di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agong
#Akademi Tentera Diraja Sandhurst
#Al-Sultan Abdullah
#Hubungan dua hala
#Istana Buckingham
#lawatan
#lawatan khas
#London
#Raja Permaisuri Agong
#Ratu Elizabeth
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan