Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian kegagalan operasi keretapi funikular di Bukit Bendera, dekat sini malam tadi yang menyebabkan lebih 900 pengunjung terkandas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Al-Sultan Abdullah bagaimanapun bersyukur kerana kesemua pengunjung yang terkandas itu selamat dan berjaya dibawa turun ke stesen bawah.
Dalam pada itu, baginda turun merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan Perbadanan Bukit Bendera (PHC) termasuk pengurus besar PHC Datuk Cheok Lay Leng, para jurutera dan kakitangan PHC serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang yang bertungkus lumus memastikan para pengunjung dapat dibawa turun dengan selamat dalam masa yang singkat.
Menurut kenyataan itu, Seri Paduka berharap masalah brek hidraulik keretapi funikular itu dapat diselenggara dan langkah-langkah diambil dengan segera agar kejadian semalam tidak berulang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Pulau Pinang berkata kesemua mangsa dibawa turun menaiki pacuan empat roda ke Taman Botani sebelum dibawa menggunakan bas ke stesen bawah Bukit Bendera untuk mereka mengambil kenderaan dan pulang ke destinasi masing-masing.
Operasi membawa turun pengunjung yang terjejas itu bermula pukul 8.30 malam dan tamat sepenuhnya kira-kira pukul 1.03 pagi serta kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.
Semalam, PHC dalam kenyataan berkata keretapi funikular tersebut tergendala akibat masalah kerosakan sistem.
Al-Sultan Abdullah hari ini mengakhiri rangka lawatan kerja selama tiga hari di Pulau Pinang.
BACA: Lebih 900 pengunjung terkandas di Bukit Bendera berjaya dibawa turun
Hari ini baginda dijadual menerima menghadap ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan Zakat Negeri Pulau Pinang pada 10 pagi.
Seri Paduka kemudiannya dijangka berangkat pulang ke Kuantan, Pahang pada 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas dekat sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 22 2019
Operasi membawa turun pengunjung yang terjejas itu bermula pukul 8.30 malam dan tamat sepenuhnya kira-kira pukul 1.03 pagi serta kesemua mereka berada dalam keadaan selamat. - Foto JBPM
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun
PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular.
Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini
PBBPP dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pemeriksaan khas ke atas struktur landasan funikular dijalankan.
Dakwaan Bukit Bendera disenarai 100 'perangkap pelancong' tak benar - Exco
Kenyataan yang dibuat dalam artikel bertarikh 24 Ogos itu sama sekali tidak benar berikutan hanya dibuat berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.
Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam
Kejadian berlaku pada jam 4 petang Ahad, namun perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.45 petang.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Bukit Bendera diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO
Pengiktirafan itu sekali gus menjadikannya sebagai tempat ketiga diiktiraf sebagai rizab biosfera selepas Tasik Chini dan Banjaran Crocker.
Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas
Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu.
Bukit Bendera dijangka terima pengiktirafan UNESCO - PHC
Pengurus Besarnya Datuk Cheok Lay Leng berkata, Kabinet baru-baru ini telah meluluskan kertas kerja untuk permohonannya yang dibentangkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
PKPP: MAATFA jangka taman tema terima ramai pengunjung
Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan membenarkan pembukaan semula semua taman tema dan tarikan di seluruh negara tidak lama lagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.