awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
UUM, LHDN Kedah teroka kerjasama strategik dalam akademik dan percukaian
Angka ekonomi positif berjaya perkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Ku Yaacob

Bernama
Bernama
08/06/2019
09:26 MYT
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Ku Yaacob
Allahyarham rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat di mimbar masjid sebelum disahkan meninggal dunia. -Astro AWANI
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim, 68, yang meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat semalam.
Kejadian berlaku di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah pada kira-kira 1.30 tengah hari.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsudin dalam kenyataan pada Sabtu berkata Seri Paduka mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.
"Seri Paduka turut berterima kasih atas jasa dan sumbangan Allahyarham yang selama ini berkhidmat sebagai imam Masjid Al-Bukhary," katanya.
Allahyarham dilaporkan rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat di mimbar masjid sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah.
Bekas guru agama itu dilaporkan sempat membaca beberapa baris ayat al-Quran sebelum kejadian.
BACA: Khatib meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat
BACA: Meninggal semasa sampaikan khutbah: Kematian yang dicemburui
BACA: TPM Wan Azizah ucap takziah atas kepergian khatib Ustaz Ku Yaacob
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Jumaat
#khutbah
#Masjid Al-Bukhary
#meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat
#Ustaz Ku Yaacob
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan