Hari ini, Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara itu secara rasminya menandakan permulaan pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Menjelang upacara penting itu, pelbagai persiapan diatur teliti bagi memastikan istiadat yang bakal menyingkap kebesaran raja-raja Melayu itu berlangsung sempurna.
Rata-rata rakyat di seluruh negara ternanti-nanti hari bersejarah itu yang akan menyaksikan Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki takhta negara.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu negara hari ini mendapati sekitar laluan menuju ke pintu-pintu masuk Istana Negara telah dihiasi dengan poster dan kain rentang yang memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bagi menguar-uarkan kepada rakyat mengenai istiadat itu.
Antara kawasan berkenaan ialah di Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Cangkat Semantan dan Jalan Sri Hartamas.
Suri rumah, Junaidah Kamal, 50, ketika ditemui Bernama berkata beliau sekeluarga akan memastikan tidak terlepas menyaksikan acara bersejarah itu dan sudah membuat peringatan pada sistem dekoder televisyen di rumahnya.
"Sejujurnya saya amat teruja untuk menyaksikan istiadat itu. Saya akan pastikan anak-anak saya bangun awal pada Selasa ini supaya mereka dapat menonton acara bersejarah dan penting negara. Peristiwa penting ini bagus bagi mereka untuk mempelajari sejarah dan keunikan Malaysia yang mengamalkan Raja Berperlembagaan," katanya.
Sempena istiadat itu, kerajaan telah mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat di seluruh negara mengikuti acara tersebut.
Upacara itu akan disiarkan secara langsung menerusi siaran saluran-saluran televisyen tempatan bermula 9 pagi.
Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah mencatat sejarah tersendiri apabila pasangan diraja itu masing-masing merupakan anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong ketujuh iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (1979-1984) dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan (1984-1989).
Juga signifikan dalam istiadat itu ialah peranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri bertanggungjawab mengisytiharkan kedua-dua Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Sultan Iskandar sebagai Ketua Utama Negara pada ketika itu.
Sultan Abdullah, yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran raja-raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, menaiki takhta bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkuat kuasa 6 Jan lepas.
Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, 24 Jan lepas.
Seri Paduka melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas.
-- BERNAMA
WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).
Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.
Bernama
Mon Jul 29 2019
Rata-rata rakyat di seluruh negara ternanti-nanti hari bersejarah itu yang akan menyaksikan Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki takhta negara. - Gambar fail/BERNAMA
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.
Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara
Harapan rakyat kepimpinan Yang di-Pertuan Agong menjadikan Malaysia lebih harmoni.
Bangun seawal 5 pagi untuk lihat Sultan Johor dari dekat
Rakyat Johor yakin kepimpinan Sultan Ibrahim akan menjadikan negara lebih maju.
Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara
Keberangkatan Sultan Ibrahim disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Johor, termasuk murid sekolah, penjawat awam negeri serta orang ramai.
Raja bijaksana dan berpandangan jauh
Sultan Ibrahim disifatkan sebagai seorang raja yang senantiasa mempunyai pandangan jauh dan sering memberi nasihat untuk kemajuan negeri serta Malaysia.
Laungan 'Daulat Tuanku' iringi keberangkatan Sultan Ibrahim
Laungan 'Daulat Tuanku' bergema dan rakyat melambai tangan menunggu ketibaaan konvoi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebentar tadi.