awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia
Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agungkan pengganas, tiada lagi kompromi! - KPN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/09/2019
05:41 MYT
Agungkan pengganas, tiada lagi kompromi! - KPN
Abdul Hamid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam perkara tersebut termasuk yang tular di laman sosial. - fotoBERNAMA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau kumpulan yang dikesan mengagung-agungkan pertubuhan pengganas dari luar negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam perkara tersebut termasuk yang tular di laman sosial.
Malah katanya, perkara itu sudah pun dibawa ke peringkat kementerian.
"Perkara ini sebenarnya sudah lama (video tular) dan perkara ini telah diangkat kepada pihak atasan dan kementerian.
"Keputusan akan dibuat dalam sedikit masa lagi kerana sekiranya benar tindakan mengagung-agungkan pertubuhan pengganas ini berlaku, ia amatlah tidak kena dengan negara kita, malah tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika ditemui selepas melawat berek Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Cheras, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.
Tegasnya, tiada lagi amaran diberikan, sebaliknya tindakan sewajarnya akan terus diambil kepada pihak berkenaan.
"Banyak kes bukan sekadar video yang tular. Seperti mana saya katakan tadi, tiada lagi amaran sebaliknya pihak saya akan terus mengambil tindakan terhadpa perbuatan menghasut isu perkauman, keagamaan dan institusi diraja," ujarnya.
Beliau berkata demikian mengulas penularan video dan gambar di laman sosial berkaitan perarakan sekumpulan individu membawa sepanduk berlogo Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Harimau Pembebasan Tamil Eelam
#Harimau Pembebasan Tamil Eelam LTTE
#Kementerian Dalam Negeri
#LTTE
#Pasukan Gerakan Am
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Zainal Abidin Abu Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan