Uncle Ah Ming tidak dapat tidur lena malam itu apabila diberitahu seorang pelukis jalanan akan mengabadikan wajahnya di dinding sebuah bangunan sebagai karya mural gergasi di pusat bandar ini.
Peniaga minuman cincau berusia 62 tahun itu berkata anak-anaknya yang tinggal di Johor dan Kuala Lumpur juga terkejut lalu menelefon bapa kepada lima anak itu seakan tidak percaya bahawa potret bapa mereka akan terpampang di tengah-tengah bandar bagi menghargai beliau yang lebih empat dekad berniaga minuman berhampiran Jalan Tun Mustapha (sebelah Hotel Aifa) di sini.
"Pada mulanya saya fikir ia hanya satu potret kecil, tetapi apabila diberitahu ia merupakan lukisan mural gergasi yang dilukis pada keseluruhan dinding bangunan, lidah saya kelu, terkejut dan tidak dapat tidur malam itu kerana tidak sangka," katanya mengimbas kembali saat itu, kepada Bernama.
Pemilik nama sebenar Teo Soon Bin @ Teo Soon Ming atau lebih popular dengan panggilan Uncle Ah Ming dalam kalangan penduduk Labuan berkata perniagaan minuman itu merupakan titik peluh bapanya yang dijalankan selama lebih 10 tahun sebelum beliau mengambil alih dan sehingga kini perniagaan itu telah beroperasi selama 52 tahun.
"Pada masa itu saya masih bujang dan bekerja di kedai kopi dengan gaji lebih RM100, apabila ayah tidak sihat dia tidak mahu menutup perniagaan dan meminta saya meneruskannya, tidak lama selepas itu ayah meninggal dunia dan saya mula mengambil alih perniagaan minuman cincau ini," katanya kepada Bernama.
Uncle Ah Ming berkata ramuan asal air cincau yang dibuat bapanya adalah cincau yang dicampur dengan kacang dan cendol serta ais hancur.
"Saya yang menambah jagung dan bahan-bahan lain yang digunakan untuk membuat ABC (air batu campur) ke dalam air cincau ini, malah perniagaan saya juga agak menggalakkan sejak awal tahun ini apabila ia tular dalam Facebook," katanya yang akan meneruskan perniagaan ayahnya itu selagi beliau sihat selain dibantu isterinya di kedai minuman itu.
Potret Uncle Ah Ming dipilih oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Balai Seni Negara sebagai antara 13 mural dan lukisan tiga dimensi (3D) yang menyerikan dinding luaran bangunan berusia lebih satu dekad bagi menghidupkan dan memberi nafas baharu kepada bangunan lama berkenaan.
Selain itu, mural pemain bola sepak Malaysia kelahiran Labuan, Datuk Hassan Sani dan ikan merlin biru yang menjadi identiti Labuan, sebuah pulau yang popular dengan penangkapan ikan laut dalam turut menghiasi dinding bangunan bagi mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020.
Semua mural itu dipaparkan di sepanjang jalan dari Lorong Tanjung Pasir, Jalan Utama Bandar Labuan sehingga Terminal Labuan.
Pada Ahad lepas, ketika majlis penutupan projek Mural dan Arca Awam dengan Komuniti 2019 di sini, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang menyaksikan penyudahan lukisan mural itu berkata kementerian membelanjakan kira-kira RM80,000 untuk projek itu.
Beliau berkata projek itu diharapkan dalam mencantikkan pulau ini selain membantu mempopularkan Labuan menerusi platform media sosial yang mana orang ramai yang bergambar dapat berkongsi dan memaparkan mural itu dalam Facebook, Twitter dan Instagram masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019
Muhammad Bakhtiar (empat, kiri) bersama Uncle Ah Ming (tiga, kanan) serta Artis Mural Grafiti Nazim Kula (dua, kanan) di depan lukisan mural 'Cincau Ah Ming' di dinding bangunan kedai di Jalan Hujung Pasir, Labuan, 29 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Ah Ming Cincau tidak tidur lena wajah dipapar dalam mural gergasi
Perniagaan minuman itu merupakan titik peluh bapanya yang dijalankan selama lebih 10 tahun sebelum beliau mengambil alih dan sehingga kini perniagaan itu telah beroperasi selama 52 tahun.