Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ahli MPT Bersatu mohon mesyuarat agung tergempar, bincang perkara kontroversi

Ahli MPT Bersatu mohon mesyuarat agung tergempar, bincang perkara kontroversi
Hala tuju parti, termasuk kebersamaan dengan PH atau PN perlu ditentukan mengikut perhimpunan agung tahunan atau luar biasa.
PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ulya Aqamah Husamuddin memohon pimpinan tertinggi parti untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, hala tuju parti, termasuk kebersamaan dengan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul iaitu melalui perhimpunan agung tahunan atau luar biasa.
Jelasnya lagi, hak menentukan hala tuju parti itu bukanlah milik eksklusif pimpinan tertinggi semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan penyertaan akar umbi sekali.

“Kami (Armada) ingin mereka (pemimpin) semua ingat, parti ini prinsipnya di bawah perjuangan rakyat dan didepani akar umbi dan peringatan kepada semua pimpinan.
“Harus diingatkan bahawa Armada ini merangkumi lebih 50 peratus keahlian parti.  Jadi tolong dengar suara kami bila kami mahukan mesyuarat. Saya dan YB Syed Saddiq (Ketua Armada Bersatu) yang juga ahli MPT, meminta mereka (pimpinan tertinggi) untuk memanggil mesyuarat MPT kalau mereka ada di pihak yang benar,” katanya lagi dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain isu hala tuju parti, Ulya Aqamah berkata, mesyuarat berkenaan juga boleh menentukan sama ada pelucutan keahlian lima Ahli Parlimen Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Dr Maszlee Malik, Syed Saddiq dan Amirudin Hamzah adalah berlandaskan perlembagaan ataupun tidak.


Tag: Ulya Usamah Husamudin, Bersatu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PPBM, Pakatan Harapan, perhimpunan, Media, politik, mesyuarat agung



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.