Polis akan menyemak satu laman Facebook yang didakwa memuat naik kandungan video yang mencetuskan kegusaran orang ramai, sebelum memanggil seorang Ahli Parlimen yang juga bekas timbalan menteri, untuk memberi keterangan.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung penularan video tersebut, yang kononnya memaparkan situasi bersesak-sesak melibatkan pekerja Malaysia dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, malam tadi.
"Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir sudah membuat laporan polis di Balai Larkin, kira-kira 11.30 pagi tadi, dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Ayob Khan berkata, siasatan terhadap kes itu kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Menurut beliau, penyebaran video itu sehingga tular di laman sosial bukan sahaja menggusarkan orang ramai, malah para agensi penguatkuasa.
Beliau turut mengesahkan video tersebut merupakan satu latihan kebakaran yang dilakukan di BSI akhir tahun lepas, dan individu yang menyebarkan video itu sepatutnya menyemak kesahihannya terlebih dahulu, sebelum menyebarkan pada laman sosial.
"Kalau benar Ahli Parlimen itu (menyebarkan), bagi saya itu perbuatan tidak bertanggungjawab. Kertas siasatan sudah dibuka, kalau benar, tindakan akan diambil.
"Facebook kena sahkan (video dimuat naik oleh Ahli Parlimen itu), kalau betul, beliau akan dipanggil untuk siasatan. Kita tidak ada undang-undang berbeza sama ada orang awam atau Ahli Parlimen...undang-undang kita terpakai untuk semua," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, pihaknya akan mempertingkatkan sekatan jalan raya dan penugasan pegawai serta anggota pada minggu depan, susulan lanjutan PKP.
Beliau berkata polis sudah mengenal pasti 80 jalan tikus di negeri ini, dan sekatan jalan raya akan ditumpukan di jalan-jalan menghubungkan jalan tikus berkenaan.
"Di kawasan Simpang Renggam yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, terdapat 200 lebih anggota bertugas dan kita tidak buat sebarang penambahan, tetapi minggu depan, kita akan pertingkat sekatan jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 10 2020
Ayob Khan berkata, siasatan terhadap kes itu kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
AWANI Ringkas: Aktivis Malaysia sertai Misi Flotila ke Gaza hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad;
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
AWANI Pagi: Pasca mesyuarat peruntukan MP pembangkang
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
AWANI Pagi: Joseph Kurup dalam kenangan
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
Niaga AWANI: Revolutionizing finance with seamless expense management solutions
The challenges of managing expenses efficiently and meeting regulatory requirements are universal concerns for businesses. Let's explore on how Swipey, a fintech firm, addresses regulatory concerns and its role in promoting transparency and accountability in financial management.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.
'Jika tidak betul, sila siasat saya dan keluarga'- Ayob Khan
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sedar amanah dan tanggungjawab yang dipikul olehnya bagi melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.
Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023.
Judi: OCPD, ketua balai gagal penuhi aku janji berdepan tindakan tegas - CPO Selangor
Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai di Selangor yang tidak memenuhi aku janji bagi memastikan kawasan mereka bebas daripada aktiviti judi haram akan dikenakan tindakan tegas.
Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi 'online'
Ketua polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan 'Surat Aku Janji' tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai 'kertas tisu'.
PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.
PRN Johor: "Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" - Ayob Khan
Bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini kembali ke Ibu Pejabat Kontinjen Johor, pejabat yang beliau terajui selama 22 bulan, bermula 24 Februari, 2020.
Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.