Soalan berhubung isu dana politik menjadi perkara yang kini dibangkitkan Parlimen Belia. Antara persoalan yang dibangkitkan termasuk, apakah cara bersesuaian untuk sebarang dana disalurkan agar tidak timbul sebarang kekeliruan?
Persoalan ditimbulkan Akmal Saufi Mohamed Khaled yang mahu penjelasan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadinya, serta disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam entrinya terbarunya di Facebook pada Selasa, Akmal Saufi yang juga anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin mengutarakan 15 soalan.
"Ketika Datuk Seri menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?
Persoalan Akmal Saufi turut berkisar sama ada sumbangan tersebut adalah untuk kerajaan, UMNO atau kegunaan peribadi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti, Parlimen Belia Malaysia, turut menyatakan kemusykilan sama ada kemasukan dana tersebut berada dalam pengetahuan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Beliau menutup pertanyaan dengan mempersoalkan fungsi Kementerian Kewangan, yang sepatutnya mengetahui kewujudan derma tersebut, sekiranya ia adalah untuk tujuan kerajaan.
Berikut adalah 15 soalan yang dikemukakan Akmal Saufi dalam Facebooknya:
1. Ketika Datuk Seri menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?
2. Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB?
3. Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?
4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?
5. Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya?
6. Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
7. Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Datuk Seri menerima derma tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?
8. Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
9. Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
10. Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
11. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri?
12. Jika ya, adakah Datuk Seri telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
13. Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
14. Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri atau apa saja derma yang diterima?
15. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Hilal Azmi
Wed Aug 05 2015
Akmal Saufi Mohamed Khaled bangkitkan persoalan berhubung dana politik.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Ahli Parlimen Belia bangkitkan persoalan berhubung dana politik
Ahli Parlimen Belia, bertanya apakah cara bersesuaian untuk sebarang dana politik disalurkan agar tidak timbul sebarang kekeliruan.