awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/09/2019
01:15 MYT
Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia
Pada PRU14, Md Farid yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 selepas mengalahkan calon dari BN dan Pas. - Foto Facebook / Dr Md Farid Md Rafik
Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham, 42 tahun, yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 pagi di Hospital Pontian.
Perkara itu disahkan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Mohd Solihan Badri.
"Beliau yang dimasukkan ke hospital pagi tadi, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya.
Ia turut dimaklumkan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi laman sosial Facebook.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan, berita kematian Allahyarham sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal.
Difahamkan, jenazah Naib Pengerusi Bersatu Tanjung Piai itu masih berada di Hospital Pontian ketika ini.
Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian, dan dijangka dikebumikan sebelum Zohor, kata Mohd Solihan.
Terdahulu, Allahyarham menerusi laman Facebooknya sempat mengemaskini status memaklumkan beliau menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2019.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 selepas mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Bersatu
#Facebook
#Hospital
#Hospital Pontian
#Jabatan Perdana Menteri
#jenazah
#Md Farid Md Rafik
#meninggal dunia
#Mohd Solihan Badri
#PKR
#PPBM
#PRU14
#serangan jantung
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#Tanjung Piai
#Timbalan Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan