awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan Malaysia ditembak mati di Hatyai

Bernama
Bernama
04/12/2015
11:25 MYT
Ahli perniagaan Malaysia ditembak mati di Hatyai
Lee Ah Wan ditembak mati ketika dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai.
Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla.
Mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.
Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata Lee ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 bersama teman wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.
Beliau berkata penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan senapang M16 untuk melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan Kanchanavanich, Kg Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.
Lee terkena lebih 10 das tembakan di kepala dan badan serta terdapat berpuluh kesan tembakan pada keretanya, kata Wichapan.
Motif pembunuhan masih disiasat sama ada turut mempunyai kaitan dengan soal perniagaan.
Topic Berkaitan
#Hatyai
#kes bunuh
#Lee Ah Wan
#tembak mati
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan