Sejarah lalu telah membuktikan perebutan jawatan tertinggi dalam Umno telah menyebabkan parti tersebut berpecah belah dan berpuak-puak kepada pelbagai kumpulan.
Oleh yang demikian, ahli-ahli Umno sangat bersetuju dengan resolusi oleh Umno Negeri Sembilan yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan akhir tahun ini.
Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut bersetuju dengan resolusi tersebut.
Veteran Umno dan mantan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid berpendapat bahawa pertandingan jawatan tertinggi seperti Presiden dan Timbalan Presiden Umno selalunya akan mengakibatkan perpecahan pada akhirnya.
“Perkara ini hanya akan melemahkan parti kerana setiap pemimpin mempunyai pengikutnya tersendiri dan apabila berlaku perebutan jawatan di peringkat tertinggi, pengikut-pengikut pemimpin tersebut akan berpecah kepada pelbagai kumpulan. Jadi manakah yang penting, keinginan untuk merebut jawatan tertinggi atau melihat parti menjadi berpecah belah yang mana mampu menggugat negara,” kata Azmi ketika dihubungi Astro Awani.
Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi pula berpendapat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak perlu dipertandingkan kerana kedua-dua pemimpin atasan parti sekarang ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan satu gandingan kukuh dan serasi dalam melaksanakan tugasan dalam parti.
“Malah, keserasian itu dibuktikan dengan kejayaan Umno dalam penambahan kerusi Parlimen dari 79 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) ke 88 kerusi pada PRU13 yang lalu. Keserasian kedua-dua pemimpin ini perlu dikekalkan agar Umno dapat menumpukan usaha-usaha pengukuhan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang akan datang agar dapat terus diterima masyarakat,” kata beliau.
Tambah beliau lagi, namun begitu, resolusi yang dicadangkan itu bukanlah satu mandatori yang perlu diputuskan sebagai keputusan muktamad parti kerana dalam memelihara proses demokrasi dalam Umno, suara akan umbi akan terus didengar dan diambil kira.
“Selepas Datuk Seri Najib mengambil alih sebagai Presiden Umno, ahli Umno sendiri dapat melihat transformasi yang dilakukan oleh beliau iaitu hak kebebasan dalam menentukan pimpinan parti diberi secara menyeluruh kepada ahli parti dan ini sangat berbeza dengan sistem pemilihan yang dilakukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimana jawatan ‘de-facto leader’ (Ketua Umum) mempunyai kuasa mutlak keatas parti sedangkan tidak dipilih oleh mana-mana pihak pun dan Pengerusi Parti DAP pula hanya dipilih oleh anggota yang menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC),” kata Puad.
Oleh itu, jika ada ahli parti yang masih mahu bertanding merebut jawatan tertinggi itu, ianya terpulang dan terbuka kepada hak individu tersebut.
Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula berpendapat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
"Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden memang elok tidak dipertandingkan, berikan mereka ruang meneruskan kepimpinan cemerlang untuk rakyat," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
"Mereka berdua merupakan regu terbaik untuk menjayakan transformasi negara," katanya.
Beliau memberitahu, ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi berdiri di belakang kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden parti.
Sementara itu pula, Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Denison Jayasooria di peringkat atasan.
“Sesiapa pun boleh bertanding dan ahli parti harus tidak dihalang dengan apa jua cara dan syarat sekalipun andai mahu menentang pemimpin di peringkat tertinggi yang sedia ada,” kata beliau.
Menurutnya, jika terdapat halangan dalam mempertandingkan sesuatu jawatan dalam parti itu, ianya hanya akan mewujudkan amalan ‘patronizing’ (penguasaan) secara sepenuhnya dalam parti dan ini tidak baik kepada parti.
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno telah beberapa kali dipertandingkan dalam pemilihan Umno sejak penubuhannya pada 1946.
Pada tahun 1951, perwakilan Umno Perak, Tan Sri Chik Mohamad Yusuf Sheikh Abdul Rahman atau 'CM Yusuf' bertanding jawatan Presiden Umno menentang penyandang, Tunku Abdul Rahman, namun usahanya tewas.
Dalam Perhimpunan Agung Umno 1978, Ketua Penerangan Umno ketika itu, Ustaz Haji Sulaiman bin Ahmad atau 'Sulaiman Palestin' bertanding mencabar Presiden Umno, Tun Hussein Onn. Namun, beliau tewas apabila hanya meraih sebanyak 250 undi sahaja.
Pada pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987 pula, Presiden Umno dan timbalannya ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghaffar Baba telah dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam untuk pemilihan presiden dan timbalan presiden Umno.
Tetapi usaha Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam itu gagal apabila tewas dan kemudiannya mencetuskan perpecahan parti itu kepada dua pasukan iaitu Team A dan Team B dimana kemuncak krisis tersebut telah menyebabkan Umno diharamkan pada 1988.
Aizat Sharif
Wed Jun 05 2013
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah: Dr Dzulkefly dapat undi tertinggi, Mat Sabu ke-8
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undian tertinggi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023 hingga 2026.
Pelosi umum hasrat bertanding semula Kongres AS
Nancy Pelosi umum hasratnya untuk bertanding semula sebagai wakil California dalam Kongres pada penggal akan datang.
Pemilihan UMNO: Anak MB antara muka baharu terpilih ketuai pemuda bahagian di Perak
Anak Menteri Besar Perak Ahmad Syahir Saarani, merupakan antara tujuh muka baharu Ketua Pemuda UMNO bahagian di Perak, yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.
Pemilihan PKR: Rafizi mahu Saifuddin dan calon jawatan tertinggi lain jelas pendirian
Tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup dalam kalangan bangsawan politik.
Pemilihan PKR 2022: Pencalonan peringkat cabang bermula esok
Pencalonan akan dilaksanakan secara dalam talian dan serentak dengan itu kempen pemilihan secara rasmi bermula.
Perwakilan Pemuda UMNO mahu pemilihan parti diadakan selepas PRU15
176 pemuda UMNO bahagian berpendapat pemilihan perlu diadakan selepas PRU15 bagi memastikan kerukunan serta kestabilan parti terpelihara.
Cari titik persamaan, selesaikan kemelut yang membelenggu PSM
Pendekatan terbaik adalah dengan mengadakan pemilihan dalam masa terdekat.
Bentuk kabinet kecil berdasarkan ketokohan, kewibawaan - Penganalisis
Pemilihan ahli kabinet disifatkan sangat penting dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menyegerakannya dalam usaha pemulihan negara.
MKT UMNO tidak lagi sah selepas 30 Jun 2021 - Peguam
Pandangan itu disuarakan di sebalik kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa MKT parti itu masih sah pada Sabtu.