Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Beliau yang mencelah sewaktu Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) membaskan Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)’, merujuk dirinya sebagai Ahli Parlimen Langkawi untuk berdiri meminta pencerahan.
“Sebagai wakil rakyat Langkawi, saya kagum dengan cerita-cerita dongeng yang disampaikan. Yang saya hairan, kenapa dia (Ahmad) tidak beritahu kepada ‘bossku’ lama dia, supaya hari ini kita tidak ada masalah dan tak perlu ada Kertas Putih. Semua bersih belaka.
“Tetapi penyangak-penyangak ini telah meninggalkan bekas-bekas mereka dan kitalah yang perlu bersihkan, dan tuan-tuan dan puan-puan begitu banyak untung FGV ini, berbilion-bilion, (boleh) tolong tunjuk di mana duit itu ada?” katanya.
Terdahulu, Ahmad yang melahirkan rasa teruja dengan kehadiran perdana menteri dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mendengar perbahasan berkenaan berkata FGV mencatat keuntungan dari 2012 hingga 2017.
Ahmad mendakwa setelah Pakatan Harapan memerintah, FGV pada 2018 mencatat kerugian berjumlah RM1.04 bilion.
Sebelum membenarkan laluan celahan kepada Mahathir, Ahmad berkata: “Hari ini dalam sejarah, saya bagi laluan sepenuhnya.
Beliau sebelum itu tidak membenarkan pencelahan daripada dua anggota Parlimen iaitu Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat).
Harits Asyraf Hasnan
Wed Apr 10 2019
Tun Mahathir buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Fahmi Fadzil bentang 'kad laporan pencapaian'
Antara pencapaiannya termasuk melaksanakan projek tabung makanan (food bank) dan program 'Ikan Segar Harga Berpatutan' untuk bantu golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.
Isu tidak cukup kuorum usaha memperlekeh kerajaan PH - Fahmi Fadzil
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata tidak timbul Ahli Parlimen tidak mencukupi dan jadual kehadiran kini sedang ditambah baik.
PKR mahu Azmin bersemuka, beri penjelasan - Fahmi
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata PKR masih membuka ruang perbincangan dan menunggu maklumat daripada Mohamed Azmin sendiri.
E-hailing motosikal: Garis panduan dibentang ke Kabinet minggu ini
Garis panduan bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing motosikal, teksi motosikal serta sistem penghantaran makanan akan dibentangkan ke Kabinet pada minggu ini.
Kerajaan rangka undang-undang lindungi pekerja 'gig economy'
Kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ahmad Maslan kecut perut, beri laluan Tun Mahathir mencelah
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir
Laporan Majlis Penasihat Kerajaan akan diumum selepas kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan berkenaan.
Harimau Malaya pupus dalam masa 10 tahun - Dr Xavier
Sekiranya tidak diamil tindakan drastik, harimau Malaya ini dalam lima tahun ke 10 tahun akan hilang selama-lamanya.
Kesihatan Anwar bukan masalah untuk tanding presiden - Ahmad Fahmi
Ahmad Fahmi menyokong cadangan Dr Afif Bahardin supaya Anwar bertanding sebagai presiden, menyatakan ia akan membuka laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.