awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Maslan tolak jemputan pembangkang untuk debat GST

Bernama
Bernama
26/04/2015
08:34 MYT
Ahmad Maslan tolak jemputan pembangkang untuk debat GST
AHMAD: Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. - Gambar Fail
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.
AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.
"Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).
"Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di sini hari ini.
BACA: GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan
BACA: Tun M masih tidak faham GST - Ahmad Maslan
BACA: GST: 'Katalah apa sahaja, saya tidak akan berhenti bercakap' - Ahmad Maslan
BACA: 'Siapa suruh masak dalam kampus?' - Ahmad Maslan
Beliau berkata persepsi negatif mengenai GST dalam kalangan masyarakat disebabkan kurang pemahaman tentang konsep percukaian baharu itu dan sikap tamak segelintir peniaga yang memanipulasi GST untuk mengaut untung.
"Peniaga tidak beretika membentuk persepsi umum yang silap...sedangkan mereka (peniaga) boleh tuntut semula cukai input yang dibayar," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#cukai barang dan perkhidmatan
#GST
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#KPDNKK
#Permatang Pauh
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan