awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Said bakal beri kenyataan kepada SPRM hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
25/06/2018
23:56 MYT
Ahmad Said bakal beri kenyataan kepada SPRM hari ini
Ahmad Said berkata beliau bersedia untuk membantu apa-apa siasatan berhubung kes 1MDB. - BERNAMA/Fail
Datuk Seri Ahmad Said akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi memberi keterangan berhubung satu laporan rasuah dan penyelewengan, dipercayai berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI pagi ini mengesahkan perkara itu dan menyatakan beliau akan hadir bagi membantu siasatan.
"Ya, saya telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan kini sedang bersiap sedia untuk bergerak ke Putrajaya. Saya kena keluar awal sikit sebab tak berapa tahu jalan untuk ke sana," kata mantan menteri besar Terengganu itu.
Beliau yang baharu sahaja menyertai sesi Dialog Naib Presiden UMNO Astro AWANI malam tadi bagaimanapun tidak memberikan gambaran terperinci mengenai kes penyelewengan yang bakal beliau berikan kepada SPRM nanti, namun percaya ia ada kaitan dengan isu 1MDB.
Ahmad, yang juga ADUN Kijal, juga memberitahu beliau sememangnya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.
Semalam, seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB.
JUGA BACA: Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Topic Berkaitan
#1MDB
#ADUN
#Ahmad Said
#Astro
#Astro Awani
#menteri
#Menteri Besar
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#presiden
#Putrajaya
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan