Gara-gara tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan dewan baharu sebuah sekolah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 'mengamuk' ketika memberi ucapan perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang hadir untuk merasmikan dewan baharu berharga RM600,000 itu ternyata tidak berpuas hati dengan kualiti dewan tersebut yang dibina khas untuk kemudahan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.
“Jangan hina orang Bagan Datuk, jangan hina SMK Hutan Melintang, saya tak puas hati, saya tidak akan pernah puas hati, RM600,000 macam ini ke?
“Saya akan minta Suruhanjaya Pecengahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kenapa jadi begini, kalau ada penyelewengan ambil tindakan tidak kira kontraktor, konsultan dan sesiapa sahaja yang terlibat,” tegas beliau ketika berucap dalam majlis itu.
Tambah beliau lagi, bangunan yang diberi peruntukkan RM600,000 itu kelihatan seperti dibina dengan harga RM300,000 serta tidak menepati standard yang dikehendaki.
“Mentang-mentang kita orang kampung, jangan kita direndah-rendahkan, dengan mata kasar pun kita tahu. Saya tak mahu rakyat katakan ahli parlimen ambil duit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ambil duit, kita tidak akan berkompromi.
“Jangan main-main dengan saya, walaupun saya duduk di atas tetapi saya tetap berpijak di bumi Bagan Datuk. Saya tak boleh terima, rakyat Bagan Datuk tak boleh terima. Siapa agensi pelaksana, kontraktor jangan main-main, kalau RM600,000 mesti RM600,000 nilainya, Jangan tuntut (claim) RM600,000 tetapi nilai sebenar ialah RM300,000,” ujarnya dengan nada tegas.
Tambah Timbalan Perdana Menteri itu lagi, beliau akan memberi tempoh selama tiga bulan untuk kontraktor terlibat melakukan perubahan terhadap struktur dewan berkenaan.
“Saya beri tiga bulan supaya lompong di sekitar dewan ini ditutup, saya mahu lantai simen ini diletak jubin, kipas juga perlu kipas yang besar, saya mahu dewan ini juga lebih panjang daripada ini, jangan main-main dengan saya.
“Saya akan datang lagi, tak perlu kompang, tak perlu karpet merah dan tak perlu pelajar berbaris.. saya akan datang secara mengejut tengok dewan ini lebih baik dari sekarang,” ujarnya.
Shafiq Noordin
Sat Jan 27 2018
AHMAD ZAHID mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan dewan baharu sebuah sekolah di Hutan Melintang. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.