Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang
ditentukan kerajaan.
Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.
Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan.
"Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.
Mengenai status filem 'New Village' yang masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga
Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada LPF.
Filem itu mengundang kontroversi umum apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan.
Bernama
Thu Aug 22 2013
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
PM Thailand janji ketelusan dalam pelaksanaan skim e-Dompet Digital
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin menegaskan bahawa pelaksanaan skim Dompet Digital akan telus, bebas daripada rasuah dan penipuan demi kepentingan negara dan rakyat.
Terdapat keperluan tubuh jawatankuasa kaji rang undang-undang baharu - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata terdapat undang-undang yang diluluskan selepas kemerdekaan hingga kini yang tidak selari dengan kehendak Perlembagaan dan menyifatkan undang-undang itu tidak berkesan.
Kejelasan dasar kerajaan bantu tarik pelaburan, kukuhkan nilai ringgit - PM Anwar
Prestasi ringgit pada tahun ini sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran seperti pengukuhan dolar AS yang mendadak berikutan kadar faedah AS yang lebih tinggi.
Kerajaan rangka Dasar 'Anti-Ali Baba' - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang dalam tindakan merangka Dasar Anti-Ali Baba (rent-seeking) dan mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).
Kerajaan kaji pampasan tanaman dirosakkan hidupan liar
Kerajaan sedang merangka dasar baharu berkaitan pembayaran pampasan kepada pemilik tanaman yang mengalami kerugian akibat tanaman dirosakkan oleh hidupan liar.
Tindakan tegas terhadap pihak sokong LGBT - Nga Kor Ming
Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.
Hadir ke Parlimen untuk nyatakan pandangan, jangan ponteng - Anis Yusal
Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, berkata antara ruang yang sepatutnya digunakan adalah dengan berhujah di Parlimen.
Beri ruang kepada pembangkang bentuk sama dasar negara - Wong Chin Huat
Dengan peranan lebih besar diberikan dalam menentukan hala tuju negara, pembangkang juga tertakluk kepada penilaian rakyat.
Ambil kira pelbagai perkara sebelum buat perubahan, pemansuhan atau penambahbaikan dasar kerajaan
Proses sewajarnya perlu dilakukan dan sebarang cadangan berkaitan hal terbabit akan dibawa melalui proses biasa.