awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita ditahan, dipercayai dera anak sehingga lebam, tercabut gigi
Bekas Jeneral Tentera Udara Filipina ditahan atas tuduhan hasutan
Banci Ekonomi 2026 meliputi 1.34 juta pertubuhan perniagaan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air banjir dibimbangi semakin naik, penduduk Marudi diminta berwaspada

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
11/12/2019
09:43 MYT
Air banjir dibimbangi semakin naik, penduduk Marudi diminta berwaspada
Warga pekan terutama para peniaga telah bertindak menutup premis kedai yang terjejas akibat banjir. - JBPN
Penduduk di sekitar pekan Marudi diminta untuk mengambil langkah berwaspada berikutan paras air semakin naik sehingga jam 12 tengah hari Rabu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata paras air di atas jalan raya di kawasan pekan mencecah lebih satu kaki setakat tengah hari.
"Pihak kami dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Marudi sedang memantau keadaan banjir dari semasa ke semasa sejak jam 8.30 pagi tadi.
"Warga pekan terutama para peniaga telah bertindak menutup premis kedai yang terjejas akibat banjir sekarang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, keadaan banjir ketika ini juga mengakibatkan kerja-kerja pelbagai projek pembinaan tergendala dan terpaksa ditangguhkan.
Antara projek yang terjejas itu termasuk Tebingan Marudi, Dataran Marudi dan Jambatan Marudi.
Beliau juga meluahkan rasa bimbang jika keadaan banjir akan bertambah teruk pada petang.
"Satu-satunya stesen minyak di Marudi kemungkinan akan ditutup pada bila-bila masa jika paras air semakin pada sebelah petang," katanya.
Malah, keadaan banjir ini turut menjejaskan menjejaskan persiapan Hari Krismas dan sesi persekolahan tahun depan.
Turut hadir membuat tinjauan di Pekan Marudi adalah Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Anak Manggil dan Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong dan ketua Balai Bomba Marudi Penolong Penguasa Bomba Maureen.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JBPN
#mangsa banjir
#marudi banjir
#paras air naik
#pekan marudi
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan