NATIONAL
Air mani gajah, kantung harimau jadi buruan pemburu haram

Selain peralatan pemburuan haiwan dan alat penebangan pokok, turut dirampas adalah item yang disyaki sebahagian daripada hidupan liar. - Foto PDRM
Sejumlah 47 individu ditahan polis dan Jabatan Perhilitan sejak September lalu hasil Op Bersepadu Khazanah yang bertujuan melindungi hidupan liar dan pemuliharaan hutan.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Datuk Zainal Abidin Kasim bekata, mereka yang ditahan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah warga asing terdiri daripada China, Kemboja, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Thailand.
Ujarnya, warga asing yang terlibat dipercayai dibantu oleh orang tempatan untuk mereka akses ke dalam hutan bagi mendapatkan sumber flora dan fauna terutama spesies terancam.

Selain peralatan pemburuan haiwan dan alat penebangan pokok, turut dirampas adalah item yang disyaki sebahagian daripada hidupan liar. - Foto PDRM
"Ada orang tempatan yang membantu mereka (pemburu haram) ini. Kita tahu benda ini berlaku terutamanya di Endau Rompin.
"Saya difahamkan memang ada penglibatan orang tempatan. Sama ada mereka membantu atau orang (negara) asal yang sudah dapat (bermastautin) sini atau ketua (sindiket) yang menghantar mereka masuk dan menjadi pembeli," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman di sini hari ini.
Menurut beliau, selain peralatan pemburuan haiwan dan alat penebangan pokok, turut dirampas adalah item yang disyaki sebahagian daripada hidupan liar.

Warga asing yang terlibat dipercayai dibantu oleh orang tempatan untuk mereka akses ke dalam hutan bagi mendapatkan sumber flora dan fauna.- Foto PDRM
Tambahnya, polis dan Perhilitan akan mempertingkatkan kerjasama operasi bersepadu di beberapa kawasan tumpuan termasuk di sempadan negara dan Taman Negara Endau Rompin, Johor.

Antara peralatan yang dirampas dalam Op Bersepadu Khazanah yang dipercayai digunakan untuk mengaut hasil hutan negara. - Foto PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami